3 Rahsia Untuk Toning Tummy. Ramai Wanita Mengimpikan ini.

Memang jadi idaman wanita untuk dapat perut yang “flat”, apatah lagi untuk dapatkan perut “six-pax”. Ramai wanita mengimpikan ini. Tapi memang mimpi tu kan “free”. Dalam artikel ni saya share rahsia untuk kempiskan perut.

Lepas melahirkan 3 anak saya memang bertekad nak turun berat. Rasa rimas sangat nak bergerak, nak beribadah & paling haru, boleh tengok je baju-baju lama. Nak pakai yang muat memang sangat “limited”. Nak beli yang lain, rasa tak “worth”. Sebab apa? Sebab, better turun berat, jadi sihat dan bonus, dapat pakai baju lama “secara free”.

Untuk pendekkan cerita, saya cari Coach, saya masuk program dan ikut advice dia. Alhamdulillah, saya turun 22kg dan dah kekal kat ideal weight selama 8 tahun. Dan tahun ni, ada cita-cita untuk dapat 6 pack, atau sekurang-kurangnya “11 abs”

Apa 11 abs tu ? bentuk angka 11 kat abs kita. Tu dipanggil 11 abs. Jadi kalau tak dapat 6 pax pun, dapat shape ni pun jadilah. Biasanya shape ni dapat bila “body fat” di bawah 20%.

Yes, I can do it !

Jadi untuk misi ni saya kena cari Coach. Betul, walau saya seorang Coach, untuk benda yang saya belum pernah buat ni, saya perlukan Coach. Dengan ada Coach, saya dapat “shortcut” tempoh pembelajaran saya dan kurang untuk mendapat silap.

Kebetulan ada kawan saya yang tinggal di Sabah dapat jadi Coach saya. Dia adalah professional body builder.

Rule pertama (peraturan pertama) dalam misi mencapai peratusan lemak yang ideal adalah ialah pemakanan. Pemakanan menyumbangkan 80% result kita. Coach saya ni memang sangat strick & biasa part ni amat mencabar. Tapi sebab memang saya biasa dengan pemakanan clean & healthy, rule pertama ni Alhamdulillah senang je.

Seminggu pertama dalam program, saya kena log semua pemakanan saya. Dari seketul kueh ke sehidangan lengkap makan tengahari. Alhamdulillah pemakanan harian saya memang dah ok.

Done rule nombor one ! Next … (saya akan share lebih detail tentang pemakanan dalam program asas FlashFit 10 Days Challenge tentang camna org yg baru nak belajar cara makan sihat. Program FlashFit boleh bina asas untuk ubah habit)

Kemudian Rule nombor 2. Saya share 3 tips untuk mendekati ke target anda ya …

3 Tips Untuk Toning Tummy

Tolak Perut Ke Dalam

Betul saya cakap ni, tolak ke dalam. Berdiri tegak, jaga posture dan tolak perut ke dalam. Bukan dengan tangan tolak ni tau, tapi dengan otot perut kita. Cara ni bertujuan untuk nak “activate” otot di area abs kita.

Selain itu ia dapat membantu kita untuk menjaga posture badan. Dibuat secara berdiri atau duduk tapi saya tak nasihat Untuk buat secara berjalan.

Semasa kita berdiri, perasan tak perut kita kecil dan kempis sikit ? Cuba relax kan bahu kita dan jaga pernafasan kita agar lancar. Kemudian masukkan perut anda ke dalam supaya anda rasa macam perut anda kosong. Semasa perut di kempiskan, tahan selama 10 saat. Buat ni beberapa kali dalam 10 kali ulangan dan dibuat dalam tiga ke empat set.

Ingat, exercise ni bukan nak pecahkan lemak ya. Ni nak kuatkan & activate core muscle kita.

Hidrat

Kalau nak perut flat memang perlu jaga pengambilan air. Kalau kita tak cukup air badan kita akan bertindak menyimpan air atau orang kata jadi gemuk air. Boleh nampak sangat dekat bahagian perut kita macam dapat baby bump.

Bawa botol 1 L atau 2 L semasa anda ke ofis atau keluar rumah. Ini dapat mengingatkan anda untuk sentiasa minum air antara 8 ke 10 gelas sehari. Ni kiraan secara umum ya. Yang masuk program akan tahu keperluan air mengikut berat masing-masing.

Plank

Jangan pandang rendah keupayaan plank kerana ia adalah satu rutin senaman yang mudah yang boleh dibuat di mana-mana sahaja. Nanti saya akan share di artikel lain mengenai plank ini secara detail. Termasuk jenis-jenis plank. In the meantime, jom tengok video plank ni.

Saya share kebaikan plank dalam video ni. Jangan lupa utk share video ini & subscribe Youtube channel Go Fit With Me

Secara umumnya plank ini membantu sekumpulan otot yang membantu menguatkan core muscle. Ini dapat membantu anda mendapat bentuk posture badan yang baik. `

Bonus !! Free Workout Plan

Coach ada buat jadual senaman harian yang anda boleh ubahsuai mengikut kesesuaian. Senaman gabungan antara senaman bebanan & senaman aerobik. Sila tinggalkan nama & nombor telefon yang ada WhatsApp, nanti Coach akan share.

Harap bersabar untuk Coach contact satu-satu ya.

Kesimpulan

Dia selalu memberi nasihat supaya fokus kepada yang gol kesihatan masing-masing. Ini bergantung kepada keupayaan kita untuk melakukan senaman bergantung kepada kemampuan kita. Letakkan fitnes gol anda agar dapat meningkatkan keupayaan fizikal anda dan perlu inikan ianya perlu realistik. Setiap orang mempunyai keputusan yang berbeza.

Mendapat tubuh badan yang sihat dan posture yang baik akan memberikan kita kelebihan dari segi confident. Untuk mendapatkan perut yang kempis & toning memang memerlukan masa. Jadi bersabarlah dengan progres yang dicapai.

Semoga berjaya.

Go Fit, Go Healthier. More Ibadah