Rahsia Kesihatan & Kecergasan

Topik yang hangat yang selalu diperkatakan ialah mengenai rahsia kesihatan & kecergasan. Dan yang menariknya, masih ada lagi orang tertarik dengan tajuk artikel yang berbunyi “Top Secret Tips to Lose Weight Quickly and Get Super Duper Sexy in Only Minutes a Day”, atau “Rahsia Besar Mengurangkan Berat Dengan Pantas Anda, Hanya Perlukan Seminit Sehari”. Ramai orang nak jadi sihat dengan cara yang cepat & mudah.

Tapi yang pastinya, artikel ini bukan yang memberi tip ‘bombastic‘ sebegitu.

Tiada jalan yang pintas untuk menjaga kesihatan atau meningkatkan kecergasan. Tiada gimik atau teknik yang cepat. Kalau anda ingin mencari solusi untuk menjaga kesihatan yang berkekalan tanpa membebankan dengan berlapar atau senaman yang membosankan? Anda boleh membaca perenggan seterusnya.

Rahsia kesihatan & kecergasan yang saya nak kongsikan dapat diringkaskan dalam empat ayat ini, Mat Saleh kata “Stick to the Basic” atau “Berpegang Kepada yang Asas”. Kena hurai sikit la apa itu asas & apa itu rahsianya.

Berikut adalah rahsianya & ianya terbukti dengan hasil yang membanggakan.

Ubah pemakanan anda

Ini macam cerita lama ni. Mana ada rahsianya? Jangan usulkan soalan sebegitu, soalan yang betul ialah, makanan yang macamana? Kualiti atau kuantiti yang perlu diutamakan?

Component of nutrition that needed by our body
Component of nutrition that needed by our body

Bagi saya, diet yang diamalkan adalah yang menggunakan keperluan asas, iaitu apa yang tubuh kita perlu. Jadi kita selalu mengambil mengambil makanan yang seimbang meliputi sayuran, kekacang, buah-buahan, karbohidrat dan protein. Kuantiti dan jenis makanan yang perlu dijaga. Ia melibatkan jumlah kalori yang diambil & nutrisi yang akan kita peroleh.

Dalam program kami FlashFit (Cabaran Asas 10 hari) & Intensive Online Training (21 hari), saya selalu menekankan perkara asas ini. Antara sebabnya ialah untuk menjadikan gaya hidup sihat itu adalah mudah difahami & senang dipraktikkan. Alhamdulillah, buat masa ini, 100% yang mengambil program ini ada ‘result‘ atau hasil yang memberangsangkan.

Flash Fit Program

Berbalik kepada pemakanan tadi.

Kenapa saya sebut selalu? Sebab memang itu yang sepatutnya. Kalau kita selalu makan makanan segera yang tinggi sodium, tinggi lemak, tinggi karbohidrat & lain-lain, tubuh kita memang tidak akan sihat. Memang sukar untuk mengelakkan makanan seperti itu, namun kita boleh kurangkan. Sesekali makan tak jadi masalah, sekadar untuk menikmatinya agar kita lebih ‘enjoy’ anugerah makan yang sihat.

Walaupun kita berduit, boleh beli apa saja makanan diluar sana, tapi kalau kita tidak berubah dengan menambah ilmu, kita akan mendapat hasil yang sama. Wang boleh membeli makanan, tapi wang tidak boleh membeli kepuasan.

Gerakkan Badan Anda Selalu

Sengaja pilih tajuk kecil ini: Gerakkan Badan Anda Selalu. Mungkin yang timbul dikepala kita adalah berbeza-beza. Yang minat dangdut mungkin dah terbayang akan sentiasa gelek badan.

aktiviti riadah bersama keluarga di ‘posting‘ yang lain di blog ini.

Saya selalu menekankan konsep, 80% nutrisi dan 20% senaman. Banyak kelebihan bersenam. Saya ada buat coretan yang lebih panjang lebar mengenai senaman ini di ‘posting‘ yang lain. Jangan jadikan senaman itu ‘penyeksaan’. Ia sepatutnya sesuatu yang menyeronokkan dan juga cari aktiviti-aktiviti yang berlainan agar tidak membosankan. Berbasikal, berlari, mendaki atau berjalan disekitar taman.

Mungkin juga cara senaman anda salah. Atau anda tak faham prinsip senaman yg betul. Cuba baca artikel mengenai, “Betul ke anda dah buat senaman betul-betul? ni.

GoFitWithMe - fitclub
GoFitWithMe – fitclub

Di tempat kami di Seri Kembangan, kami menyediakan Zumba, Aerobik & Circuit Training. Kesemuanya dilakukan secara berkumpulan. Jadi suasananya memang menyeronokkan & memberi motivasi kepada anda. Selain mendapat kawan baru, anda juga selalu mendapat dorongan dari rakan-rakan yang berfikiran positif.

Yang jauh-jauh tak perlu risau, kita ada program Online Coaching – boleh dicapai dimana-mana sahaja.

Imam Ghazali pernah berkata (lebih kurang maksudnya), “Teman yang baik itu sukar dicari, jika kamu menemuinya, peganglah dan jagalah dia”. Dia amat menekankan kawan yang baik ini kerana kawan yang baik akan membimbing kita ke arah yang baik. Insyaallah hingga ke syurga (#TillJannah).

Di GoFitWith.Me, kami tekankan pembinaan ukhuwah yang positif. Saling bantu membantu untuk menjadi sihat. Lebih sihat badan, lebih banyak ibadah kita boleh buat.

Tidur Yang Berkualiti

Jangan memandang ringan dengan kualiti tidur kita. Ia banyak membantu kualiti minda & badan kita bekerja. Saya tidak memberikan tempoh yang harus digunakan untuk kita tidur. Tapi saya sebut tidur yang berkualiti. Kerana tidur yang lama tidak menjamin tidur yang berkualiti. Ada yang mengorbankan sebahagian dari waktu tidurnya untuk beribadah pada waktu malam. Namun mereka masih dapat menjalankan kerja harian dengan sempurna. Bahkan lebih baik dari orang yang banyak tidur.

Kenal tak Arianna Huffington? Ala, tauke Huffington Post tu … (try cari nama dia kat Google, sure jumpa). Dia ada menulis mengenai tidur yang berkualiti. Anda boleh membacanya atau menonton ringkasannya melalui video dibawah.

Anda perlu ingat, wang boleh membeli katil yang banyak. Namun anda hanya dapat menggunakannya satu pada satu masa. Dan juga ingat, duit tidak dapat membeli tidur yang nyenyak.

Bersyukur

Kadang-kadang ada hari yang anda tidak dapat membina fikiran positif. Ada terasa ‘down‘ atau tidak bermotivasi. Jangan salahkan diri anda. Banyakkan bersyukur.

Kadang-kadang anda “tergelincir” dengan tidak dapat mengawal pemakanan sihat anda. Atau mungkin hari tersebut anda “terjebak” ajakan kawan untuk makan makanan segera. Jangan salahkan diri anda. Bersyukur & nikmatilah waktu tersebut. Selepas anda kembali, tanamkan azam untuk terus menjaga kesihatan anda.

Cuma banyakkan bersyukur kerana anda diberi ilham untuk membina hidup yang sihat. Bersyukur anda masih mempunyai kawan-kawan di GoFitWith.Me yang boleh membantu & memahami anda.

GoFitWith.Me Aerobic Class
GoFitWith.Me Aerobic Class

Dengan banyak bersyukur, anda akan lebih prihatin dengan orang disekeliling kita yang kurang bernasib baik dari kita. Mungkin dari sudut fizikal mahupun mental. Bersyukurlah.

Buat Senarai Diatas Dengan Sebab Anda Sayangkan Diri Anda

Banyak tips kesihatan & kecergasan diluar sana yang menyuruh anda jangan makan atau melakukan senaman yang menyeksakan. Mereka menonjolkan keburukan diri anda yang berat badannya tinggi atau bentuk badan anda tidak cantik atau menggeleber. Kita diajar untuk tidak menghargai tubuh badan kita. Kita disogok dengan ilustrasi badan model yang bersaiz kosong (0 size) adalah yang terbaik.

Bagi kami di GoFitWith.Me ini adalah dorongan untuk menjaga kesihatan yang salah. Dengan ilmu yang diterapkan di sini, anda akan dapat membezakan berat bukan kayu ukur untuk tahap kesihatan anda. Berat mungkin disebabkan jisim otot anda, atau kandungan air di badan. Yang penting peratusan lemak kita tidak ditahap yang berbahaya. Kerana ianya boleh mempengaruhi kesihatan organ-organ dalaman yang lain seperti jantung dan sebagainya.

A positive Instagram Post by Lian Sze - She want to be better than yesterday. Yes, we want too.
A positive Instagram Post by Lian Sze – She want to be better than yesterday. Yes, we want too.

Sepatutnya, tujuan utama anda menjadi sihat adalah untuk perkara yang lebih besar. Seperti dengan sihat anda akan lebihkan ibadat. Dengan sihat kita boleh mencari rezeki dan mendidik anak-anak menjadi cerdas serta dapat menyumbangkan tenaga kita untuk masyarakat.

Sebab itu, lakukan senarai yang diatas dengan sebab anda sayang diri anda.

Ulang Senarai Di Atas Dengan Konsisten

Agak-agak pelan ni ‘perfect‘ atau unggul? Boleh buang perkataan ‘perfect‘ ke laut. Jangan jadikan pencarian anda untuk menjadi ‘unggul’ menghalang anda untuk ‘bertindak’.

Perlu diingat, ianya bukan aktiviti pencarian pelan yang unggul, tapi bertindak untuk membuat perkara asas diatas berulang-ulang agar ada peningkatan.

Kata-kata Mat Saleh “Practice Make Perfect” harus diganti dengan “Progress Make Perfect”. Sebab dengan ‘peningkatan‘ (“progress“) anda akan dapat keputusan yang dijangka. Jika anda melakukan ‘latihan’ yang tidak betul, kita akan membina ‘bad habit” yang berkekalan.

Itu je? Macam Mudah Sangat la

Itu tujuannya. Maksud saya, ianya sepatutnya mudah. Senang untuk dipraktikkan & diamalkan. Ringkasannya:

  1. Timbalah ilmu. Dengan ilmu yang betul, anda dapat membawa diri anda ke tahap yang lebih tinggi. Saya cari Coach yang berpengalaman. Timba ilmu dengan dia. Itu short cut, jadi anda tak perlu nak buat try & error, kita terus belajar dari orang yang dah melaluinya.
  2. Kelilingi Diri Anda Dengan Orang Yang Positif. Carilah kawan yang bertanggungjawab dan berjiwa besar. Selalu berfikiran positif & membantu anda untuk menjadi lebih baik. Kami menyediakan program yang secara tidak langsung membantu anda menemui kawan yang baik. Antaranya kecergasan & program cabaran. Aktiviti kecergasan seperti Zumba, Aerobic atau Circuit Training disini dijalankan oleh sukarelawan dari kalangan ahli sendiri.
  3. Banyak bersyukur. Dengan bersyukur anda akan lebih dekat dengan Illahi dan juga bersemangat untuk membantu masyarakat disekeliling anda.

Sama-sama kita ajak orang-orang disekeliling kita untuk menjaga kesihatan. Jemput mereka ke GoFitWith.Me & menimba ilmu. Menimba ilmu & bergaul dengan rakan-rakan yang positif.

Misi Team GoFitWithMe ialah untuk memberi ilmu dan membantu 350,000 dapat mengamalkan pemakanan & gaya hidup sihat. Macam banyak 350,000 ni kan? Sebenarnya hanya 1% dari rakyat Malaysia. Saya pasti anda juga termasuk dalam 1% tu …

Moga usaha kita ini diberkatiNya. Amin

Go Fit, Go Healthy, More Deeds …