Hijrah Ke Arah Kehidupan Yang Lebih Sihat

Pada hari ini kita menyambut Maal Hijrah, tahun baru 1438H. Kita melangkah ke hari baru di tahun yang baru dalam kalendar Islam. Sudahkah anda melihat kembali resolusi-resolusi tahun lepas atau tahun-tahun terdahulu yang masih belum tercapai? Adakah tersenarai di dalam senarai tersebut resolusi mengenai kesihatan? Aku nak sihat, atau aku nak mengamalkan gaya hidup sihat? Jika belum atau masih belum tercapai sasarannya, mari kita sama-sama bertekad untuk hijrah ke arah kehidupan yang lebih sihat.

 

Persoalannya bagaimana? Saya senaraikan beberapa langkah yang mungkin anda boleh lakukan untuk mencapai sasaran tersebut.

[nextpage title=”Matlamat yang Jelas” ]

1. Matlamat yang Jelas

 

Kita perlu mempunyai niat yang jelas agar perjalanan kita di tahun ini dapat dirancang untuk ke arah merealisasikan sasaran kita. Umpamanya, jika anda ingin sihat? Sihat yang macamana?

 

Pameran ICT di Dubai - Anda perlu melompat dari zon selesa anda untuk mencapai kejayaan sasaran anda.
Pameran ICT di Dubai – Anda perlu melompat dari zon selesa anda untuk mencapai kejayaan sasaran anda.

 

Kalau anda sekarang ini sentiasa lesu; letakkan matlamat untuk menjadi orang yang lebih cergas. Dapat berkerja dengan baik ketika waktu pejabat (‘office hour’). Dapat tolong orang lain menjadi cergas. Kalau diperincikan matlamat tersebut agar lebih jelas, mungkin anda letakkan matlamat agar dapat berlari 3km setiap minggu.

 

Kalau anda sekarang badan gemuk; letakkan matlamat anda agar untuk lebih kurus. Berapa kg nak turun? Contoh, saya nak turunkan berat badan sebanyak 3kg dalam masa 3 bulan.

 

Pelajari cara membina sasaran yang lebih di dalam tulisan saya di sini.
[/nextpage]
[nextpage title=”Membina Tabiat Yang Baik” ]

2. Membina Tabiat Yang Baik

 

Jika sekarang anda masih menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, minum arak, tidur tidak menentu, makan makanan segera dan sebagainya, cuma kurangkan secara berperingkat-peringkat. Kalau perkara yang haram, seperti merokok 1 atau meminum arak; bertaubat & tinggalkan terus dengan kadar segera.

 

Tabiat bukan dapat ditukar dalam masa satu hari.
Tabiat bukan dapat ditukar dalam masa satu hari.

 

Tabiat boleh dibina dengan perubahan-perubahan kecil di dalam aktiviti harian anda. Saya pernah menulis mengenai perubahan 1% untuk membina tabiat diruangan lain. Anda juga boleh mengamalkannya. Menurut kajian, jika 1% ditumpukkan, ianya akan menjadi dua kali ganda setiap 72 hari. Tindanan kebaikan kecil-kecilan inilah yang akan menghasilkan peningkatan yang luar biasa pada masa hadapan. 2

 

Bergaul dengan orang yang mempunyai matlamat sama (likeminded people) juga dapat membantu anda membina tabiat yang baik. Di GoFitWith.Me, kami menggalakkan perkongsian yang positif baik di group WhatsApp ahli atau dilaman sosial lain. Dengan ini, para ahli kelab sentiasa lebih berfikiran positif dan dikelilingi dengan persekitaran yang sihat.

[/nextpage]
[nextpage title=”Ubah Cara Makan” ]

3. Ubah Cara Makan

 

Perubahan-perubahan kecil seperti mengurangkan minuman manis, mengurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi dan tidur yang mencukupi akan dapat memberikan hasil yang lebih berkekalan jika dibanding dengan melakukannya dengan sangat drastik. Umpamanya, ada orang yang memberi nasihat yang SALAH; “Untuk anda turun berat badan, jangan makan nasi!”. Yang biasa makan nasi 2 pinggan pun terus cabut lari.

 

Nak ubah cara makan kena ada ilmu. Baru menjadi.

 

Kebanyakan ahli kelab GoFItWIth.Me yang belajar cara pemakanan yang betul melalui “Program 10 Hari” pasti faham mengenai topik ini. Umpamanya Bob, dia turun 6kg selepas program 10 hari tersebut, dapat mengamalkan ilmu yang digarap kepada kehidupan hariannya. Sehingga kini, meskipun hanya sesekali berjalan di taman sebagai senamannya, dengan mengubah cara makan, beliau sudah turun 43kg . Walaupun masih jauh dari sasarannya, namun perubahan-perubahan kecil yang dipraktikkan dapat membuahkan hasil. Insyaallah suatu hari nanti, Bob dapat berlari dan menyertai marathon.

jog-with-bob
Berjalan sekitar taman dengan Bob & Chey. Kena bawa tongkat takut kena kejar anjing.

 

Manakala cabaran “21 Days Challenge” yang sudah dijalankan sebanyak 4 siri di GoFitWith.Me amat membantu rakan-rakan yang ingin membuat perubahan gaya hidup. Kesemua peserta di siri-siri sebelumnya mendapat keputusan yang amat memberangsangkan. Menurut kajian, untuk anda membina sesuatu tabiat agar lekat menjadi cara hidup, ianya memerlukan pengulangan selama 21 hari.

 

Salah satu peserta yang mengikuti cabaran ini, Teacher Tan, beliau telah turun sebanyak 17kg dalam masa 4 bulan. Beliau merupakan juara 3 kali berturut-turut siri-siri “21 Days Challenge” yang dijalankan. Tahniah, sungguh memberi inspirasi.

 

Teacher Tan - Juara 21 Day Challenge
Teacher Tan – Juara 21 Day Challenge

 

Melalui cabaran “21 Days Challenge” ini para peserta sentiasa diberi motivasi oleh rakan-rakan peserta lain. Ini bermakna, pertandingan ini bukan untuk siapa yang akan kalahkan siapa, tetapi pertandingan untuk siapa yang hendak berjaya bersama. Amat-amat positif.

[/nextpage]
[nextpage title=”Bersenam” ]

4. Bersenam

 

Melalui senaman, kita dapat membakar kalori dan meningkatkan keupayaan badan untuk membuang radikal bebas. Ianya boleh dilakukan dimana-mana. Samada di rumah, di gym atau di tempat kerja. Terserah kepada anda. Lakukan senaman yang berkualiti sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

 

Antara kekurangan bersenam secara sendiri ialah anda akan hilang motivasi selepas beberapa kali anda bersenam. Secara alternatif, anda hendaklah bersenam secara berkumpulan.

Di GoFItWIth.Me, menyediakan kelas senaman yang dijalankan secara berkumpulan. Mudah & menyeronokkan. Antara kelas senaman yang dijalankan ialah Zumba (hari Isnin), Aerobik (hari Rabu) dan Circuit Training (Hari selasa & Jumaat). Manakala hari Sabtu pagi dijalankan kelas Yoga.

Bila bersenam secara berkumpulan kita dapat saling memberi motivasi agar sama-sama sihat.

[/nextpage]
[nextpage title=”Mendapatkan Pembimbing (Coach)” ]

5. Mendapatkan Pembimbing (Coach)

 

Coach dapat menolong anda mencapai sasaran kesihatan anda dengan memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna. Coach yang baik ialah seorang yang sentiasa menimba ilmu untuk menerapkan perkembangan semasa dengan program yang dijalankan.

 

Selain itu, dengan adanya pembimbing, beliau dapat memantau perkembangan anda agar dapat mendapat hasil dengan lebih baik.

 

Coach Fadillah masuk majalah Rapi.
Coach Fadillah masuk majalah Rapi.

 

Sila hubungi Coach Fadillah (+6019 308 8720) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang dijalankan di GoFitWith.Me. Beliau bersedia untuk berganding bahu dengan anda dan membimbing agar mencapai sasaran kesihatan anda.

 

[/nextpage]

Semoga tahun 1438H ini akan memberi ruang untuk kita berhijrah ke arah kehidupan yang lebih sihat.
 
Go Fit, Go Healthy, More Deeds.

Rujukan:
1. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke – 37 di Dewan Syura, Tingkat 11 Pusat Islam Kuala Lumpur pada 23 Mac 1995
2. James Altucher’s blog