Bahayanya Bila Visceral Fat Tinggi.

Apa itu visceral fat? Visceral fat adalah lemak yang terletak di dalam perut kita dan meliputi organ-organ penting seperti hati, pankreas dan ginjal. Visceral fat berbeza dengan lemak subkutan yang terletak di bawah kulit kita. Kenapa visceral fat berbahaya bila terlalu tinggi lapisannya ? Visceral fat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kanser. Ini kerana visceral fat dikatakan mengeluarkan bahan kimia yang boleh meradang dan merosakkan sel-sel tubuh kita. Visceral fat juga boleh mengganggu fungsi hormon dan metabolisme kita. (Sila rujuk sumber di bawah)

Wajib tengok penerangan Doctor tentang bahaya Visceral Fat tinggi

Macamana Nak Tahu Visceral Fat Tinggi ?

Kenapa visceral fat berbahaya bila terlalu tinggi lapisannya ? Visceral fat boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, strok dan kanser. Ini kerana visceral fat dikatakan mengeluarkan bahan kimia yang boleh meradang dan merosakkan sel-sel tubuh kita. Visceral fat juga boleh mengganggu fungsi hormon dan metabolisme kita. (Sila rujuk sumber di bawah)

Bagaimana nak tahu kita ada visceral fat berlebihan? Salah satu cara mudah untuk mengukur visceral fat adalah dengan menggunakan alat penganalisis lemak tubuh (penimbang khas) atau dengan MRI. Visceral fat diukur dengan skala. Visceral fat yang normal adalah berada dalam skala 1-4, sederhana dalam 5-8, tinggi bila 9-13 Dan jika melebihi 13, ini tahap bahaya. Alarming! bermakna kita perlu mengambil langkah untuk mengurangkan visceral fat.

Cara Nak Hilangkan Visceral Fat ?

Bagaimana nak hilangkan visceral fat? Cara terbaik untuk menghilangkan visceral fat adalah dengan menurunkan berat badan secara keseluruhan. Ini boleh dicapai dengan mengamalkan diet seimbang dan bersenam secara konsisten. Diet seimbang bermaksud kita perlu mengurangkan pengambilan kalori, gula, lemak tepu dan garam, dan meningkatkan pengambilan serat, protein, lemak sihat dan air. Bersenam secara konsisten bermaksud kita perlu melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu. Senaman yang sesuai untuk membakar visceral fat termasuklah kardio, angkat berat dan interval training.

Macam tips diet yang biasa kita jumpa kat Google je. Ya betul, banyak info diet kat Google atau social media lain. Tapi kenapa kita tak boleh turun berat juga ?

Kenapa Penting Ada Coach & Support ?

Itu pentingnya ada coach & group support yang bantu kita bina habit sihat untuk kita mengamalkan diet yang berkesan.

Coach Fadillah sendiri pernah mengalami masalah ni dulu. Dia cuba macam-macam cara diet yang saya baca online, tapi tak ada yang berjaya. Dia rasa frust dan putus asa. Sampai satu tahap, dia rasa nak give up je. Ini cerita 11 tahun dulu.

Coach Fadillah dulu dan sekarang. Lebih aktif & cergas selepas dapat hilangkan lapisan-lapisan lemak dengan mengamalkan diet sihat.

Tapi nasib baik, dia jumpa seorang coach secara online yang sudi membimbing dia untuk kurus dengan cara yang betul, mudah dan sihat. Coach ni bukan saja ajar dia apa yang patut makan dan tak patut makan, tapi juga motivasi dia untuk terus istiqamah dan positif.

Selain tu, coach ni juga masukkan dia dalam satu group support yang terdiri daripada orang-orang yang sama-sama nak kurus. Dalam group ni, kami saling berkongsi tips, pengalaman, cabaran dan kejayaan dalam proses diet kami. Kita rasa sangat bersemangat dan disokong oleh group ni.

@gofitwith_me Beberapa bulan lagi nak Ramadhan. Dah buat persediaan ke ? Jom target Kekal Bertenaga di Bulan Puasa, Langsing Bergaya di Hari Raya #GoFitWithMe #KurusSihat #TipsKurus #Melaka #RoadToRamadhan ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

Alhamdulillah, dengan bantuan coach dan group support ni, Coach Fadillah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 22 kg dan dah maintain lebih 11 tahun ! Happy sangat dan bersyukur dengan hasilnya. Kita rasa lebih sihat, ringan dan yakin dengan diri sendiri.

Jadi, kalau anda juga nak turun berat badan dengan cara yang berkesan, saya cadangkan anda cari seorang coach yang boleh membantu anda. Jangan cuba diet sendirian tanpa ilmu dan bimbingan yang betul. Anda juga perlu ada group support yang boleh memberi anda semangat dan dorongan.

Bagaimana GoFitWithMe Boleh Membantu Anda ?

Bukan anda seorang yang mengalami seperti ini, ramai lagi. Boleh tengok di Instagram : GoFitWithMe Results

Saya sendiri pun dulu tinggi kolestrol & tinggi visceral fat. Tapi bila ubah pemakanan & gaya hidup, Alhamdulillah dapat tingkatkan kesihatan & kecergasan

Hilangkan lemak berlebihan tu bukan sahaja penting utk kesihatan, tapi yang penting lebih mudah beribadah

Banyak lagi story yang kami boleh kongsikan terutama dari segi cabaran fizikal, emosi & juga pergerakan yang dialami oleh rakan-rakan di GoFitWithMe. Just follow posting kami di Instagram atau TikTok untuk menambah ilmu & inspirasi.

GoFitWithMe menyediakan program yang membantu anda mengamalkan gaya hidup sihat yang berpanjangan & bukan crash diet yang hanya focus nak cepat turun berat sahaja. Program yang holistik & menyeluruh dalam bentuk permainan yang dapat membina habit baik & berpanjangan.

Contact Coach Assakhof untuk bertanya tentang GoFitWithMe Transformation Program. https://wa.me/60193270001?text=BGoFitWithMeTransformationProgram

Assakhof Ab Satar
Founder & Program Coordinator
GoFitWithMe

Nota rujukan :

1. Medical News today

2. British Journal of Radiology: “Comparison of 3 T MRI and CT for the measurement of visceral and subcutaneous adipose tissue in humans,”

3. CDC: “Diabetes and Asian Americans,” “Knowing is Not Enough—Act on Your Family Health History,” “Body Mass Index (BMI).”

4. Cleveland Clinic: “Weight Management & Obesity,” “Physical Examination.”

5. Diabetes.co: “Visceral Fat (Active Fat).”

6. Endocrine Society: “Metabolic Risk Guideline Resources,” “The Dangers Of Visceral Fat.”

7. Harvard Health Publishing: “Taking aim at belly fat,” “Big thighs may be wise.”

8. Johns Hopkins Medicine: “The Skinny on Visceral Fat.”

9. Mayo Clinic: “Men’s health: Checkups and screenings are key.”

10. Nutrition Journal: “The study of anthropometric estimates in the visceral fat of healthy individuals.”