Semenjak dua ini kita dapat melihat di media masa samada di akhbar atau di televisyen yang mengkhabarkan keadaan ekonomi dunia yang begitu gawat & mencabar. Secara tidak langsung kesannya dapat dilihat ke atas nilai harga barang keperluan harian kita. Ramai yang mengadu duit gaji dari kerjaya sekarang tidak cukup. Sudah menjadi lumrah kalau kita perhatikan, ramai kenalan kita (jiran atau kawan) yang mencari peluang mencari pendapatan sambilan dari kerjaya yang lain. Ada yang menjadi agen insuran, menjual kerepek, meniaga ‘top-up’, menjadi wakil jualan langsung, agen hartanah, pemandu Uber dan sebagainya.
Disini saya terpanggil untuk berkongsi 5 perkara yang tidak memerlukan bakat tambahan untuk meningkatkan kerjaya anda. Baik bekerja sendiri atau bekerja dengan syarikat atau organisasi.
[nextpage title=”Selalu Bersedia”]
Selalu Bersedia
Maksud selalu bersedia ialah bersedia untuk memberikan perkhidmatan. Sewaktu anda menggalas tanggungjawab yang diberi, anda pasti akan berhadapan dengan pelanggan atau rakan sekerja. Mereka ini memerlukan kita untuk membantu mereka mencapai objektif mereka.
Pelanggan memerlukan perkhidmatan yang memuaskan. Manakala rakan sekerja memerlukan bantuan untuk mendukung beban kerja yang mereka galas, baik dari segi nasihat (peer advice) atau bantuan tenaga (workload sharing). Kita harus bersedia. Langsung, bagaimana? Bagaimana nak bersedia? Dengan menunggu diberikan kerja? Atau dengan bersifat reaktif dengan setiap kerenah pelanggan atau apa jua permintaan dari rakan sekerja?
Bagaimana pula kerja kita kalau asyik melayan semua masalah yang timbul, baik kecil atau besar? Mungkin boleh jadi yang dikejar tak tercapai & yang dipikul boleh tercicir.
Mungkin solusinya boleh dilihat dari sudut keefektifan (effectiveness) dan juga komunikasi (communication). Kepuasan pelanggan dapat dicapai bukan hanya dengan memenuhi kehendak mereka sahaja. Tapi dengan interaksi yang berkesan.
Kita ambil contoh jika anda menghantar kereta ke bengkel kerana sesuatu masalah. Anda berharap mekanik akan dapat menyelesaikannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, malah berbulan-bulan anda tidak menerima apa-apa maklumbalas (respond) dari mekanik. Sakit hati sungguh. Betul tak? Setelah dihubungi, didapati beliau masih menunggu alat ganti dari luar negara. Wah, panas, panas sungguh. Anda mungkin menyumpah seranah atau bertanya kenapa tak dikhabarkan dengan lebih awal? “Await tak habaq awai-awai?”.
Cuba dilihat dari situasi lain, jika mekanik tersebut memberitahu anda perkembangan kereta anda setiap ketika. Baik setiap hari atau sela beberapa hari. Mungkin apa yang diberitahu oleh mekanik sekadar memberitahu kereta anda sudah dimasukkan ke dalam bengkel. Kemudian sela beberapa hari diberitahu alat ganti sedang ditempah. Dan sebagainya.
Saya yakin, anda akan berasa aman dan tahu keadaan kereta anda. Begitu juga pelanggan anda. Komunikasi yang berkesan akan membantu kerjaya anda.
Jadi, jika anda menjaga komunikasi anda dengan sentiasa menjaga ketelusan (transparency) dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik, anda dapat meningkatkan kerjaya anda dengan mendapat penghormatan yang tinggi dari pelanggan & rakan sekerja. Anda akan disegani.
Perlukah anda bakat yang unik untuk “sentiasa bersedia”?
[/nextpage]
[nextpage title=”Menjaga Keprofesionalan (Professionalism)”]
Menjaga Keprofesionalan (Professionalism)
Part-time job atau kerjaya kedua ini tidak salah selagi tidak melangkaui nilai keprofesionalan yang sedang digalas oleh anda sekarang. Umpamanya jika kerjaya anda sekarang ini adalah penjual disebuah syarikat kosmetik, adakah ada NILAI ‘profesional’ jika anda juga pada masa yang sama membuat ‘part time’ menjual barangan kosmetik dari syarikat lain? Yang lagi tidak mulia dari sudut keprofesionalan pula, ianya dilakukan kerja ‘part time’ itu di waktu kerja anda.
Atau sebagai contoh lain, anda bekerja sebagai wartawan dan masa anda dikehendaki lebih banyak dihabiskan diluar pejabat untuk mencari berita yang perlu ditulis. Namun, anda keluar pejabat bukan sebab anda ‘cover’ suatu kejadian atau majlis, tapi anda keluar ‘melepak’ atau menjadi pemandu Uber, menghantar penumpang ke sana sini.
Dengan bahasa lain, kita ‘TUANG’ masa kerja kita untuk mendapat hasil dari sumber yang lain. Walhal, masa kita itu dibayar gajinya, imbuhan untuk saraan juga diberi (melalui caruman majikan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – KWSP). Tapi masa kita digunakan untuk benda lain.
Ini adalah sekadar contoh.
Bagaimana pun, itu terserah kepada anda. Yang penting rezeki yang dicari adalah halal. Berbalik kepada topik kita hari ini, dimana di waktu kegawatan ekonomi ini. Apa yang saya nampak, kita perlu cuba pertahankan kerjaya yang ada dan timbalah ilmu untuk meningkatkan kerjaya anda. Atau bersedialah dengan skil tambahan yang boleh dijadikan kerjaya sambilan atau alternatif disatu hari kelak.
Yang utama, anda harus mempertahankan keprofesionalism anda agar rezeki anda berkat. Organisasi anda juga akan mendapat tempias dari kecekapan anda.
[/nextpage]
[nextpage title=”Pengurusan Masa”]
Pengurusan Masa
Di mana jua bidang yang anda ceburi, pengurusan masa adalah amat penting. Amat-amat penting. Jika anda memberikan perkhidmatan, pelanggan berharapkan (expectation) anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka dengan spesifikasi kerja (job spesification) yang diberi dalam tempoh yang tertentu. Manakala di sektor pembuatan, bagi mereka, kelewatan akan meningkatkan kos. Produksi akan terjejas jika pengeluaran tidak dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan.
Di dalam Islam, kita diajar menguruskan masa dengan baik. Kita diberi 5 waktu untuk solat. Dan setiap waktu solat yang ditetapkan, amat sesuai untuk anda menjalankan kegiatan harian.
Waktu Subuh biasanya bermula pada jam 5.30 pagi ke 6 pagi dan berakhir sekitar jam 7 pagi. Manakala waktu kerja anda bermula pada jam 8 pagi ke 9 pagi. Dari sehabis waktu subuh tersebut, anda mempunyai masa lebih dari sejam untuk bersedia ke tempat kerja anda. Anda tiada alasan untuk tidak dapat sampai ke pejabat tepat pada waktunya.
Manakala waktu Zohor pula disekitar jam 1 petang ke 1.30 petang. Sangat bertepatan dengan masa rehat tengahari anda. Begitu juga waktu Asar. Masanya lebih panjang, anda mempunyai masa diantara jam 4.30 ke 7 malam untuk mengerjakannya. Boleh dikerjakan bersama rakan sepejabat atau setibanya anda di rumah selepas waktu pejabat.
Waktu Maghrib dan Isyak pula adalah di waktu waktu malam. Begitu indah sekali susunannya. Ianya mengajar kita untuk sentiasa merancang masa kita dengan teratur.
Apakah alasan kita untuk tidak dapat menghiraukan waktu yang ditetapkan; baik waktu kerja atau tempoh masa sesuatu projek yang telah kita rancang & yang dijanjikan. Kita tidak ada alasan.
Yang menarikkannya, pengurusan masa ini bukannya memerlukan bakat yang tertentu seperti menyanyi. Memang betul, kita boleh pandai menyanyi walau kita tiada bakat, namun kita perlu latihan yang sangat lama dibanding individu yang mempunyai bakat semulajadi untuk menyanyi.
Untuk menguruskan waktu dengan lebih cekap, seperti datang awal ke tempat kerja. Datang lebih cepat untuk menghadiri mesyuarat, seminar atau menyiapkan tugasan yang diberi oleh pelanggan atau majikan, ianya tidak memerlukan bakat tambahan yang harus turun temurun diwarisi dari gen semulajadi kita.
[/nextpage]
[nextpage title=”Sikap”]
Sikap
Saya pernah berkongsi mengenai 1% Peningkatan (Improvement) di FB GoFitWith.Me. Ianya mengenai proses untuk merubah perilaku kita agar meningkatkan produktiviti mahupun perubahan sikap (habit) kita secara berangsur-angsur. Mengapa perlu beransur-ansur?
Kerana SIKAP tidak boleh ditukar pada satu hari. Ia perlu diubah berperingkat-peringkat. Menurut kajian, ianya akan berkesan jika kita lakukan peningkatan sedikit demi sedikit. Dari satu hari ke satu hari. Ini akan memberikan kita kelonggaran dan menyediakan minda kita untuk membenarkan perubahan. Kemudian sikap yang kita inginkan akan ‘LEKAT’ dengan kita.
Menurut kajian lagi, jika di unjurkan perubahan 1% ini setiap hari, ianya akan meningkat dua kali ganda setiap 72 hari. Jadi perubahan kecil setiap hari ini akan menghasilkan peningkatan yang besar kelak. Juga sebaliknya.
Pada tahun 2010, Dave Brailsford ditugaskan menjadi Pengurus Besar pasukan Sky (pasukan berbasikal profesional di UK). Tugas ini berat disebabkan UK belum pernah memenangi pertandingan paling berprestij iaitu Tour de France. Tugas beliau ialah untuk meraih kemenangan di kejuaraan tersebut.
Cara beliau sangat mudah.
Beliau melakukan 1 peratus peningkatan dari segala proses atau apa-apa perkara berkaitan dengan sukan ini. Baik dari segi pemakanan penunggang, kedudukan kerusi basikal, berat tayar dan sebagainya. Cuma 1% pada setiap ketika.
Bahkan bukan berhenti disitu sahaja, pasukan beliau turut mendapati bantal yang terbaik harus dibekalkan kepada pasukan mereka dan dibawa kemana-mana hotel yang mereka menginap. Termasuk perkara-perkara kecil seperti diadakan kelas cara untuk membasuh tangan untuk penunggang-penunggang basikal mereka.
Terbukti, 3 tahun kemudian. Pasukan mereka menjadi pasukan pertama dari British untuk memenangi Tour de France.
Pada tahun yang sama, dimana pasukan berbasikal British ke Olimpik dibawah didikan Brailford telah memenangi 70% dari emas yang dipertandingkan.
Kenapa saya kata, JUGA SEBALIKNYA? Perubahan 1% ini juga boleh mendatangkan sikap yang buruk jika kelakuan setiap hari adalah sambil lewa. Setiap hari kita tidak menjaga masa, datang lewat ke tempat kerja, menghabiskan masa yang lama untuk menyelesaikan tugasan yang diberi, mengabaikan aduan pelanggan. Dalam masa 72 hari ianya menjadi sikap kita yang sukar diubah. Menjadi tabiat buruk.
Sikap kita yang susah menerima perubahan akan menyebabkan skil kita akan lapuk. Ingat tak cerita si tukang kayu yang pada hari pertama dia dapat menebang pokok kayu yang banyak? Namun, lama kelamaan beliau memerlukan tenaga yang banyak untuk menghabiskan sebatang pokok. Sebabnya? Kerana beliau menolak untuk mengasah kapak beliau. Beliau merasakan mengasah kapak adalah membuang masa. Beliau juga tidak menambah ilmu untuk belajar teknik baru untuk menyelesaikan tugas beliau. Beliau yakin pengetahuan beliau cukup untuk menggalas tugas itu.
Dalam situasi kini, kita menolak untuk menggunakan teknologi yang lebih memudahkan kerja kita. Atau kita menganggap majlis ilmu adalah membuang masa. Kita tidak mahu untuk menghadiri kelas untuk memperbaharui skil kita. Kita terus berada di zon selesa yang nyata menjadikan kita “lapuk”. 5 tahun kemudian atau 10 tahun kemudian, kita masih berada ditakuk yang lama. Pelanggan kita mengharapkan kita dapat membantu mereka menjadi lebih produktif dengan menggunakan teknik atau solusi yang terkini, namun sikap kita menyebabkan kita tidak mampu untuk bersaing.
Sikap untuk berubah kearah kebaikan ini tidak memerlukan bakat yang tersendiri. Ianya hanyakan kemahuan untuk berubah – BUKAN BAKAT.
[/nextpage]
[nextpage title=”Minda Positif”]
Minda Positif
Ada orang tanya, bukan ke ni blog senaman; zumba la, aerobik la? Apa kaitan tips2 kerjaya ni? Hehehe.
Ingat tak misi GoFitWith.Me? To Build Healthier Nation (Untuk Membina Masyarakat yang Lebih Sihat?). Dan ingat tak moto kami? 80% Nutrition (nutrisi), 20% Exercise (senaman) & 100% Mindset (Minda). Minda adalah yang paling UTAMA. Kalau kesihatan MINDA dianggap perkara enteng (ringan), kita tidak akan dapat menerima perubahan untuk berubah dari gaya hidup dulu kepada gaya hidup aktif & sihat. Tanpa minda yang positif, mana mungkin kita dapat bangun untuk bersenam, jauh sekali untuk merubah gaya pemakanan ke arah yang sihat. Ianya bermula dengan MINDA yang sihat.
Lebih separuh dari hari siang kita dihabiskan ditempat kerjaya. Dapur kita berasap juga berkait rapat dengan kerjaya. Kerjaya kita berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita & keluarga kita. Jika kita tidak mengambil serius tanggung jawab dalam kerjaya kita, dapat kah kita menjamin sumber yang kita bawa balik kepada keluarga kita adalah halal?
Selain itu, jika kerjaya kita tidak ditunaikan dengan teratur, ianya akan terjejas. Dan yang paling teruk ianya boleh menimbulkan tekanan (stress). Jiwa dan minda yang tertekan akan menyebabkan kesihatan kita terjejas. Tidur kita terganggu, selera makan juga terganggu. Minda yang bercelaru boleh menyebabkan hubungan kita dengan orang disekeliling kita juga terganggu.
Baik, dari sudut kerjaya, perlukah anda bakat yang terpendam untuk mempunyai minda yang positif? Atau perlukah anda mencari ijazah sarjana muda di dalam bidang Minda Positif untuk menaikkan taraf kerjaya anda?
Jawapannya tidak. Anda TIDAK perlukan BAKAT tambahan untuk berfikiran POSITIF.
[/nextpage]
Di GoFitWith.Me, kami sentiasa cuba mengamalkan peningkatan 1% untuk memperbaiki mutu perkhidmatan yang diberi. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki antaranya yang melibatkan masa perkhidmatan terlewat disebabkan faktor luaran atau perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti pembatalan kelas dan sebagainya.
Kami mengalu-alukan maklum balas dari anda semua di sini, agar misi kita untuk membina masyarakat yang lebih sihat akan tercapai.
Go Fit, Go Healthy, More Deeds.