Selamat Hari Malaysia – Kita Disatukan Oleh Sukan

Selamat Hari Malaysia

Alhamdulillah selangkah lagi kita mengorak langkah ke lembaran baru dalam mengharungi cabaran globalisasi & tekanan kuasa-kuasa besar baik dari segi politik ataupun ekonomi.

 

Hari ini kita menyambut Hari Malaysia sempena kesatuan yang kita bina untuk membentuk negara Malaysia. Kesatuan antara Tanah Melayu, Sabah & Sarawak  yang dijalin sejak tahun 1963.

Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia – kek buatan Coach Fadillah

Kita Disatukan Oleh Sukan

Kepentingan sukan kepada negara dan masyarakat adalah melebihi nilai keringat yang mengalir semasa kita bersukan. Ia boleh memainkan peranan untuk menyatukan masyarakat, memberi kesan sosial & kebudayaan, membina aset sosial dan mengurangkan jenayah & perpecahan kaum. Walau bagaimana keadaan politik kita dulu hingga kini, kita dapat melihat bahawa kita akan lebih bersatu dengan sukan.

 

Antara perkara-perkara positif dari sukan ialah:

  1. Melalui sukan, lebih ramai orang menjadi sukarelawan kepada kehidupan masyarakat
  2. Lebih kohesif, bertoleransi dan menghormati masyarakat yang berbilang kaum
  3. Wujud kerjasama yang erat & persefahaman yang tinggi terhadap nilai-nilai kemasyarakatan
  4. Pengurangan kadar jenayah dikalangan belia
  5. Peningkatan toleransi & pemahaman antara kaum dikalangan muda

 

Sukan Badminton di Rio 2016

Kita sedia maklum setiap perlawanan Dato Lee Chong Wei (DLCW) di gelanggang antarabangsa akan menyemarakkan semangat patrotisma kita. Dari kecil hingga warga emas pasti akan bersesak di depan TV untuk memberi sokongan. Tidak kurang pula yang berpusu-pusu penuh semangat memberikan sokongan padu di dalam stadium. Beliau adalah antara tokoh yang selalu mendorong ke arah perpaduan masyarakat kita melalui sukan.

 

 

Kejayaan beliau mengalahkan seteru lama, Lin Dan dan melayakkan beliau ke final untuk merebut emas di Rio tempohari sangat mengujakan. Anda juga pasti pernah menonton video viral jeritan orang ramai di apartment yang bergembira ketika beliau menewaskan musuh tradisinya itu.

 

 

Sekali lagi negara bersatu ketika Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, menerusi prestasi luar biasa layak ke final. Ramai tidak menyangka dan sangat berbangga dengan prestasi mereka sehingga perlawanan mereka adalah antara perlawanan yang hampir ditonton oleh semua rakyat Malaysia, baik dikaca TV atau melalui media online.
goforgold

 

Sukan Paralympik di Rio 2016

Kejutan demi kejutan di sukan Paralimpik di Rio pada tahun ini. Memang betul-betul #MalaysiaBoleh. Kita menggondol 3 emas dan 2 perak.

 

Sukan Lari 100m

Dimulakan dengan larian emas oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi di dalam acara 100m T36 (cerebral palsy) dimana beliau memecut ke garisan terakhir dengan catatan masa 12.07 saat.

 

Catatan tersebut bahkan memadamkan rekod 12.25 saat yang dicatat oleh Roman Pavlyk dari Ukraine di Beijing Paralympics pada tahun 2008.

 

Mata ayah mertua saya berkaca sewaktu menonton kemenangan tersebut.

 

Sungguh mengharukan.

 

sdfasdfafd
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

 

Sukan Lontar Peluru

Emas kedua diraih oleh Muhammad Ziyad Zolkefli pada acara lontar peluru F20. Paling mengejutkan ialah beliau juga melakarkan rekod dunia yang baru dengan lontaran sejauh 16.84 meter. Dan atlit ini pernah memenangi pingat gangsa di London Paralimpik pada tahun 2012.

 

Tidak kira siapa anda; majistret, perdana menteri atau tukang kasut anda pasti cukup terharu ketika lagu Negara Ku berkumandang di stadium sewaktu penyerahan pingat tersebut.

Emas lontar peluru.
Emas acara lontar peluru.

 

Sukan Lompat Jauh

Emas yang terakhir adalah dari Abdul Latif Romly, 19 tahun mencipta rekod baru di acara F20 lompat jauh. Beliau adalah pemegang bendera Malaysia sewaktu perbarisan dan merupakan peserta termuda berjaya memecahkan bukan satu rekod dunia, malah tiga kali dengan catatan 7.60 meter.

 

 

Tahniah atlit kita, tahniah Malaysia. Memang benar kita disatukan oleh sukan. Selamat Hari Malaysia!.

 

Epilog

Kek bendera Malaysia di atas dibuat oleh Coach Fadillah semasa beliau masih aktif menjadi “baker” di Dilla’s Deli. Manis & berkrim. Walaupun ‘glamour‘ – masuk majalah & pernah menang pertandingan-pertandingan yang berprestij, ketika itu, badan sangat tidak sihat disebabkan cara hidup yang tidak sihat. Berat badan tinggi & waktu tidur tak menentu. Malam bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan kek, cupcake, roti, bun atau biskut. Jika ada tempahan, pasti buat lebih, baik untuk dimakan sendiri atau anak-anak. (Hehehe).

 

Perkara yang tidak sihat yang lain selain dari tidur lewat ialah hasil buatan itu. Kek atau hasil yang lain adalah makanan yang berteraskan manis. Berasaskan gula, lemak dan karbohidrat yang tinggi.

fadillah-majalah-wanita
Fadillah di Majalah Wanita

Bila mengenangkan kembali kisah ‘bakery’ saya dulu, timbul persoalan yang sentiasa bermain di kotak fikiran, kalau cara hidup dulu diteruskan, saya bukan sahaja memudaratkan kesihatan diri saya & keluarga, malah saya tidak memberi nilai tambahan kepada masyarakat. Saya tidak dapat membantu masyarakat untuk menjadi lebih sihat.

 

Dari sudut lain mungkin kita boleh dikatakan menjadi tempat alternatif sebagai penyedia bakery yang bersih & halal. Namun saya masih tidak dapat lari dari penyumbang gula, lemak & karbohidrat yang tinggi. Saya ada pilihan, kita semua ada pilihan. Kita berdoa agar pilihan kita sentiasa diberkatiNya.

 

Hasil kerja Fadillah di Majalah Nur
Hasil kerja Fadillah di Majalah Nur

 

Semoga usaha di GoFitWith.Me untuk membantu masyarakat menjalankan cara hidup sihat menjadi kenyataan & dipermudahkan. Insyallah boleh menyediakan prasarana yang tertutup dan kondusif untuk golongan wanita bersenam. Malah saya masih dapat menjalankan kelas memasak. Tetapi masakan yang sihat la.

 

Semoga wawasan kita untuk membina negara yang lebih sihat (Building Healthier Nation), akan menjadi beg galas untuk saham akhirat kita bersama.

 

Selamat Hari Malaysia sekali lagi.

 

Go Fit, Go Healthier, More Deeds.