3 Cara Mudah Menukar Habit Anda Untuk Dapat Berat Ideal – #3 Pasti Anda Dah Tahu, Tapi Susah Nak Buat!

Sudah tentu kita semua ingin memiliki berat badan yang sihat dan ideal. Namun, menukar kebiasaan tidak semudah yang kita fikirkan, terutamanya apabila ia berkaitan dengan pemakanan dan senaman. Ini kerana kita tak ada ilmu untuk menukar habit anda untuk mendapatkan berat ideal dengan lebih berkesan. Matlamat GoFitWithMe adalah untuk membantu 350,000 orang faham pemakanan sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dari pengalaman Coach Fadillah, waktu “decide” nak turun berat memang amat sukar untuk melaksanakan. Anak pertama, badan dah naik. Anak kedua makin terasa. Baru nak betul-betul “commit” untuk turun berat, dapat pula anak ketiga.

Waktu tu tidak ada ilmu dan mindset yang salah. Ingat dengan bersenam tiap hari dapat kurus, tapi rupanya 80% untuk kurus sihat adalah dari pemakanan.

Fadillah loss 22kg dengan program diet yang berstruktur
Transformasi Coach Fadillah yang dah turun 22kg dan maintain dari tahun 2012 lagi. Berapa tahun dah tu ?

Akhirnya, dengan cara diet yang lebih berstruktur, Coach Fadillah dapat turun 22kg dan Alhamdulillah kekal di ideal weight dari tahun 2012 lagi. Bermakna lebih 10 tahun dah. MasyaAllah Tabarakallah. 

Berikut adalah 3 cara untuk mengatasi halangan yang mungkin anda alami ketika cuba menukar kebiasaan:

1. Jelas matlamat

Bina tujuan yang jelas dan khusus. Sebelum memulakan perubahan kebiasaan, pastikan anda telah menentukan tujuan yang jelas dan khusus. Buat rencana tindakan yang terperinci untuk mencapai tujuan tersebut. Dengan adanya tujuan yang jelas, anda akan lebih terfokus dan cergas untuk mencapainya.

Sewaktu kami menubuhkan GoFitWithMe, kami mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu 350,000 orang untuk faham pemakanan sihat dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. Ini adalah misi kami.

Pelbagai program disusun untuk membantu komuniti termasuklah menyediakan tempat untuk wanita bersenam dengan lebih selesa. Tertutup dan dapat menjaga aurat, sangat dicari-cari oleh muslimah.

2. Konsistensi

Konsisten dan sabar. Menukar kebiasaan tidak sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Ia memerlukan konsistensi dan kesabaran yang tinggi. Jangan mudah putus asa jika anda tidak melihat perubahan dalam masa yang singkat. Teruskan usaha anda dan ingat bahawa setiap langkah kecil adalah langkah ke arah kejayaan.

Masa Coach Fadillah untuk turun 22kg tu perlukan masa dalam setahun. Memang beliau tidak berniat untuk dapat result dengan cepat, tapi ada “mindset” untuk kekalkan habit. Dengan pengekalan habit, pasti akan ada progress dan boleh diamalkan sampai bila-bila dan menjadi gaya hidup.

3. Sokongan

Dapatkan sokongan dari orang sekeliling. Menukar kebiasaan bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan sendiri. Dapatkan sokongan dari orang sekeliling, termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka boleh memberi semangat dan nasihat kepada anda ketika anda mengalami kesukaran. 

Pernah dengar kalau kita diet sendiri-sendiri mudah kelaut ? Sebab “Environment is Stronger than Will Power”. Dengan buat bersama rakan-rakan, mereka akan “boost” semangat kita.

Selain itu, berkongsi pencapaian dan cabaran anda dengan orang lain juga boleh membantu anda untuk terus bersemangat dalam mengekalkan perubahan kebiasaan.

Dengan melakukan langkah-langkah ini, anda akan lebih cepat dapat menukar kebiasaan. 

Ladies FitClub Klebang, Melaka

Warga wanita sekitar Klebang, Cheng, Limbongan, Tengkera, Bukit Rambai, Tanjung Minyak, Shah Bandar, Bandar Hilir dan juga Tangga Batu boleh rebut peluang ini. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru di GoFitWithMe Ladies FitClub.

Untuk menyertai sila hubungi, Coach Fadillah : https://wa.me/60193270001?text=BNakJoinLadiesFitClub . Boleh walk in je masa ada kelas. Tak perlu registration fee.

InsyaAllah Melaka Sihat !!

#LadiesFitClub #ZumbaMuslimah #AerobikWanita #FitnessWanita