Ramadan dah Dekat – Apa Matlamat Puasa Kita?

Muslimah Aerobik Seri Kembangan

Prolog

Bulan ramadhan dah dekat, tinggal beberapa hari lagi. Umat Islam khususnya akan menyempurnakan syariat tersebut dengan meriah. Pelbagai aktiviti yang berbentuk mendidik kerohanian telah diatur. Ada yang berazam hendak khatam Al-Quran, ada yang nak memperbanyakkan sedekah dan ada yang nak meningkatkan matlamat puasa mereka.

 

Tapi apa matlamat puasa sebenarnya?

 

Ramadan dah Dekat – Apa Matlamat Puasa Kita?

“Eh Mek Nap, puasa dekat dah. Tak sampai sebulan lagi, aku pulak masih hutang 4 hari lagi nak ganti”, kata Joyah sambil menggoncang2 shake dia yg belum terusik tu.

 

“Eh, mung jange maing-maing, better buat loni.”, sahut Mek Nap. “Kang lajak masuk bulan posa, dok dae.” Sambil dia membetulkan tudungnya yang senget-senget. Bukan main lagi dia melepaskan tumbukan masa Piloxing di GoFitWith.Me tadi. Pia Fadillah pula buat routine favorite Mek: Jap, jap, hook & punch. Baru dua block lagu, t-shirt dia dah pun lencun basah.

 

Lijah yang tengah selfie kat sebelah dia pun menyampuk  “Aku ingat nak kuruskan badan bulan posa ni, raya nanti slim melim. Raya nak pakai baju kurung aku masa bertunang dulu2, zaman cutting ketat2.” Tudung Neelofa dia pun lencun basah. Hasrat nak beli tudung sukan belum sempat lagi dia nak cari kat IOI, tapi sebab minat sangat Lofa & Fattah, pergi Piloxing pun dia pakai tudung Lofa. Dia upload gambar selfie dia tadi kat Instagram dan letak hastag, #lofafatah #gofitwithme

 

Mek Nap terus duduk bersila dan berkata, “Eh, mung ni. Kesitu pulak niat mu. Puasa yg disyariatkan oleh Islam tu bukan tujuan nak suruh kita tak makan pastu jadi slim. Dia yang pernah bersekolah agama selalu menjadi rujukan kawan-kawannya kalau bab-bab agama ni. Bab makan pun dia juga jadi kamus. Semua resipi & tips makanan sihat dia tau. Tapi buatnya sesekali je, tu pun kalau Coach Fadillah perhangat untuk jaga makan, ambik nutrisi sihat untuk breakfast. Kalau tak, ke laut la jawabnya.

 

Lijah yang mukanya masih basah berpeluh2 tu menyahut, “Habis tu?” Berkerut dahi dia.

 

“Ha, bukankan kita jadi sihat dengan puasa? Jaga makan, slim la kita. Bukan ke tu tujuannya?” Sampuk Joyah yang sibuk menyedut shake dia tadi. Sejak belajar nutrisi sihat di GoFitWith.Me, Joyah dah turun 5kg. Dia tau apa itu lemak baik, apa itu lemak jahat. Perut dia je yang tak nak dengar, asyik duk merayu-rayu suruh diberinya roti canai.

 

Hidung & atas bibir mulut Mek Nap masih ada bintik-bintik peluh. Kemudian dia menyeka dengan tuala kecil yang dihadiahkan laki dia sambil berkata ”Itu kesan sampingan puasa la. Bukan matlamat puasa dlm islam.” Dia memperkemaskan lipatan kakinya. Bersila macam tok joro main wayang kulit kat kampung dia. “Baik, aku nak share apa yg pernah Ustazah cerita kat aku dulu2”, kat Mek dengan serius.

 

“Ada jugak org time puasa tu dia makin naik berat. Contoh kat kampung kawe, mace2 kita boleh jumpa makanan time bulan puasa tu.”

 

“Kat sana, ada lompat tike, taik itik, puteri mandi, badak berende, murtabak rajo, nasi kerabu, nasi kak wok, nasi dage, sotong sumbat, Aye percik, bohulu, akok kedut, tepung pelita, butir nako, perut muda, keropok gotea, puluk dakak, pulut pangge, pulut bakar, nekbat sira, bunga tanjung, jala emah, ase gupal, lempok durie, kerabu sarea, tupak daung palah, kuih topi, etok, sira pisang, sira labu, nasi manih, gerodok telur, che mek molek, tapai pulut, tapai ubi, kosui, tepung serunai, pulut ike gaul nyo … serbo mok neko. Ado blako.”

 

“Semua jenis hok boleh potong kaki punya.”, tambah Mek lagi.

Lijah berkerut mendengar senarai kueh mueh & juadah Kelantan yang Mek cakap tu “Potong kaki?”, tanya Lijah.

 

“Maksud aku boleh jadi diabetes la. Manis, manis blako”, ujar Mek merengus.

Eh, nko nak share cerita ustazah ke nak share resepi Kak Wok? Sampuk Joyah yang terus berenti scroll dia punya Instagram, turut serius bila dengar pasal diabetes.

 

Matlamat puasa dalam Islam

“Sorry, sorry. Maaf Mek.” kata Mek yang muka merah padam, semacam orang menurun main tarian Mak Yong. “Baik, Mek nak tanya, dlm bulan puasa, kat rumah nko peti sejuk kosong tak?”

 

Joyah terus mencelah “Mesti la tak, ada je makanan utk sahur atau nak berbuka nanti. Buah pun mesti banyak, anak2 aku yg kecik tu memang hantu pisang. mesti ada je makanan kat rumah.” Joyah teringat anaknya yang baru berumur 3 tahun tu. Bila teringat dia, mesti teringat pisang. Kalau teringat pisang, mesti teringat kat anak bungsunya itu.

 

Soal Mek lagi “Kenapa time puasa mung tak makan jah apa dalam peti sejuk tu? Buka jah peti sejuk tu pastu demo boleh melantak nak makan apa? Apasal mung tahan jah dari subuh sampai petang tak makan nasi, tak minum air?” Muka Mek berkerut macam muka ustazah sekolah Pasti yang bertanyakan soalan kepada budak-budak tadikanya.

 

“Eh, mana boleh, batal la puasa.” Kata Lijah.

 

“Bukan ke tak de orang nampak?” Uji Mek pula.

 

“Tapi Allah nampak? Malaikat pun ada kiri kanan kita.” Jawab Joyah sambil mata masih mengadap handphone dia. Semacam mendapat jawapan dari Google.

 

Mek buka aplikasi iQuran dalam handphone dia seraya berkata, “Cuba tengok maksud ayat ke 183 surah Al-Baqarah”. Mek menyuakan kepada sahabatnya, yang tertulis”

 

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (Al-Baqarah: 183)

 

“Ustazah kata secara tegas dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah [2]: 183 puasa adalah untuk membentuk peribadi Muslim yang bertakwa kepada Allah. Yakni, mengerjakan semua perintah Allah, dan menjauhi semua yang dilarang Allah.”

 

“Jadi faham tak, dlm bulan puasa ni tujuan utamanya adalah untuk membentuk peribadi yang lebih baik.” Ujar Mek lagi.

 

“Perasan tak, dalam bulan puasa, bukan kita tak jumpa makanan kat rumah, bukan kita tak lalu depan kedai makan masa time bulan puasa. Tapi kita ni tetap puasa. Tetap tahan je. Sebab apa? Sebab Allah suruh kita puasa. Kita faham puasa tu ada dlm syariat agama Islam.” Sambil jari kanannya bermain-main gelang emas yang dihadiahkan emaknya. Di lengan kanan masih ada gelang tag konvensyen muslimah “Being Me” yang diadakan di Connexion@Nexus di Bangsar semalam. Lupa pulak dia nak tanggalkan.

 

Joyah & Limah terangguk-angguk. Faham sungguh mereka. Limah pula menambah “Dengan berpuasa juga kita dapat menyelami perasaan saudara kita yang miskin. Bagaimana peritnya mereka menahan lapar & dahaga. Puasa ini dapat mendidik kita agar bersifat memberi. Memperbanyakkan sedekah.” Seakan berkaca mata Limah sewaktu dia menyebut perkataan lapar & dahaga.

 

Mek menambah lagi, “ Ustazah pesan, masa bulan puasa ni juga merupakan bulan Al-Quran diturunkan”. Jadi kita banyakkan baca Al-Quran.

 

Joyah yang tadi hanya asyik dengan Instagram dia juga turut serius, “Aku kena betulkan niat aku untuk puasa kali ni. Bukan nak kurus atau diet, tapi sebab nak memenuhi syariat Islam. Allah yang suruh. Untuk mendidik jiwa”.

 

Kali ini Mek pula yang terangguk-angguk.

 

“Aku ingat lagi pesan ayah aku, tak sempurna puasa kita kalau kita masih bergosip, sibuk mengata orang, buat perkara yang melalaikan sewaktu bulan puasa. Pahala tak dapat, hanya sekadar menahan lapar dan dahaga”. Tambah Joyah lagi. Di dalam hatinya bertekat untuk menghindari dari menjadi hamba media sosial seperti WhatsApp, Facebook atau Instagram.

 

“Dah jom kita gerak”. Kata Mek sambil mengesat air matanya. “Terima kasih kawan atas peringatan. Semoga tujuan puasa Ramadhan ini bisa menjadikan kita menjadi derajat takwa di sisi Allah SWT. Aminn”.

 

“Sama-sama Mek. Insyaallah dipermudahkan”. Mata Joyah juga turut berkaca. Aku pun nak kena singgah beli pisang ni. Kang anak aku tanya, kesian dia.” Joyah & Limah sama-sama bangkit.

“Eh, kita selfie dulu” kata Joyah. Mereka bertiga berselfie dengan gaya kekuda Piloxing bersebelahan kata-kata motivasi “I Want To Be Better Than Yesterday” yang Coach Fadillah masukkan dalam frame. “Aku nak letak hashtag #TillJannah #GoFitWithMe #RaudatulSyakinah”, getus hati Joyah.

 

Nukilan: Assakhof Ab Satar, Seri Kembangan, 8 May 2017