Meriahnya Kelas Memasak di GoFitWithMe Klebang: Membina Kesihatan Bermula Dari Dapur Sihat

Pada hari Ahad yang lepas, 27 Ogos 2023, suasana di GoFitWithMe Klebang begitu meriah dan penuh bermakna dengan pelaksanaan kelas memasak yang luar biasa (sebab yang datang semuanya wanita). Acara ini dirancang dengan tujuan untuk membekalkan masyarakat dengan pengetahuan tentang pemakanan yang sihat serta memberi panduan praktikal dalam menyediakan hidangan-hidangan lazat yang memberi manfaat kepada tubuh. Bak kata pepatah; kesihatan yang baik, bermula dengan dapur yang sihat.

Rakan=rakan yang hadir penuh ceria & positif

Pelbagai Resepi

Coach Fadillah dan Coach Min telah berganding bahu dengan penuh semangat, memimpin kelas memasak dengan penuh kesungguhan. Mereka dengan tekun menunjukkan langkah demi langkah resepi masakan sihat kepada para peserta. Tak hanya itu, kehadiran Sue turut memberikan sumbangan berharga dengan mengambil gambar-gambar dan video-video menarik semasa proses memasak berlangsung.

Seterusnya, sorakan riuh rendah terdengar apabila Gheinwa yang berasal dari Syria tiba dengan membawa hidangan hummus yang lazat serta minyak zaitun berkualiti tinggi. Ini membawa pengalaman antarabangsa kepada acara tersebut dan memperkayakan lagi ilmu pemakanan sihat sambil meningkatkan keakraban sesama ahli Kelab.

Pelbagai hidangan sihat telah ditunjukkan dalam kelas ini, termasuklah hidangan Ayam Rebus Viral yang sedang mendapat perhatian meluas, Kerabu Tahu & Tempe yang menyegarkan, dan sambal sihat yang memberi sentuhan pedas yang nikmat. Setiap hidangan tidak hanya sedap, tetapi juga diberi penekanan kepada nilai pemakanan yang kaya dengan nutrien.

Objektif Kelas Memasak

Objektif sebenar di sebalik acara ini adalah untuk memberikan ilmu pemakanan yang bermanfaat kepada masyarakat, dengan harapan agar mereka dapat mencapai keadaan tubuh yang sihat, kurus fit, dan penuh bertenaga. GoFitWithMe terbukti berperanan penting dalam membantu komuniti menjalani gaya hidup yang lebih sihat melalui pelbagai inisiatif seperti ini.

Bagi anda yang ingin terus mengikuti perkembangan terkini dari GoFitWithMe, jangan lupa untuk menyusul kami di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan Youtube. Berita terkini, tip pemakanan, serta pelbagai resepi sihat sentiasa dikongsi untuk manfaat bersama.

Kelab Nutrisi GoFitWIthMe

Jom berkunjung ke Kelab Nutrisi GoFitWithMe Klebang yang beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 7 pagi hingga 10 pagi. Jom pelajari lebih lanjut tentang pemakanan sihat sambil menikmati sarapan yang lazat dan menyegarkan.

@gofitwith_me Siala nak turun 3 – 7kg ? Komen NAK !! #gofitwithme #kurussihat #melaka #nuritionclub #tipsdiet ♬ original sound – GoFitWithMe Fadillah Assakhof

Sertailah kami dalam usaha kami untuk membina masyarakat yang lebih sihat dan cergas melalui kelab nutrisi yang penuh dengan rakan-rakan yang positif dan khasiat.

Assakhof Ab Satar
Program Coordinator
GoFitWithMe