GoFitWithMe Ladies FitClub di Klebang kini sudah pun dibuka! Anda yang sedang mencari tempat untuk berlatih dan meningkatkan kesihatan, boleh datang ke sini bermula 16 Januari 2023. Kelas senaman Ladies FitClub adalah kelas esklusif untuk wanita yang akan dijalankan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bermula jam 8.30 malam dan merupakan yang pertama seumpamanya di Klebang, Melaka (baca : pusat tumpuan healing sedunia)
Tempat kami adalah tempat yang tertutup, selesa dan sesuai untuk muslimah yang menjaga aurat semasa bersenam. Selain itu tempat baru ini mempunyai cermin besar yang akan membantu anda untuk memastikan anda dapat mengikuti pergerakan senaman dengan betul semasa mengikuti kelas senaman.
Salah satu perkara penting sewaktu bersenam adalah sistem pengudaraan (ventilation), InsyaAllah udara segar dari Pantai Klebang akan sentiasa menyediakan sumber pengudaraan yang berkualiti.
Kalau datang ke sini, tak perlu risau tempat letak kereta, banyak & memudahkan anda.
Bersenam adalah satu aktiviti yang penting untuk kesihatan kita. Terutama untuk persediaan menjelang Ramadhan, kita kena fit & bertenaga dari sekarang. Malah, ia juga dapat membantu untuk meningkatkan mood dan mengurangkan stress. Senaman yang dilakukan secara beramai-ramai juga dapat menjadi lebih menyeronokkan dan dapat menjadi motivasi untuk terus berlatih. Inilah sebabnya kami menawarkan kelas senaman yang dijalankan beramai-ramai.
Di GoFitWithMe Ladies FitClub, anda bukan sahaja mengikuti senaman, tetapi juga akan bertemu dengan ramai individu yang mempunyai mindset yang sama iaitu untuk kurus, fit dan sihat. Ini akan memberi anda peluang untuk berinteraksi dengan orang yang mempunyai objektif yang sama dengan anda.
@gofitwith_me Jom wanita Melaka. Exercise kat tempat tertutup #Melaka #ExerciseWanita ♬ original sound – Fadillah & Assakhof – GoFitWithMe Fadillah Assakhof
Kami yakin anda akan menikmati pengalaman belajar senaman bersama kami dan juga bertemu dengan kawan-kawan baru yang mempunyai mindset yang sama untuk kurus, fit dan sihat.
InsyaAllah minggu depan, kami juga akan membuka Kelab Sarapan Sihat yang akan dibuka bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi untuk belajar pemakanan sihat sambil bersarapan sihat. Kelab khas untuk kominiti sihat.
Kami berharap anda akan menjadi sebahagian daripada komuniti GoFitWithMe Academy di Klebang dan sama-sama kita bergerak ke arah kesihatan yang lebih baik. Pusat komuniti khas untuk wanita ini bukan yang pertama kali kami buka, pusat pertama adalah di Seri Kembangan. InsyaAllah akan lebih banyak lagi pusat setempat akan dikembangkan kelak. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat & mengamalkan gaya hidup sihat.
Warga wanita sekitar Klebang, Cheng, Limbongan, Kerubung, Malim, Tengkera, Bukit Rambai, Tanjung Minyak, Shah Bandar, Bandar Hilir dan juga Tangga Batu boleh rebut peluang ini. Dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru di GoFitWithMe Ladies FitClub.
Untuk menyertai sila hubungi, Coach Fadillah : https://wa.me/60193270001?text=BNakJoinLadiesFitClub . Boleh walk in je masa ada kelas. Tak perlu registration fee.
Macamana nak datang ke tempat ni ? Mudah je, kami sebaris dengan Marybrown Klebang, Melaka & ditingkat atas kedai kucing, Cat dot com.
Atau guna link Waze ini untuk pandu-arah ke GoFitWithMe Klebang.
Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan kesihatan anda dan berinteraksi dengan orang yang mempunyai objektif yang sama dengan anda. Datang ke GoFitWithMe Academy di Klebang sekarang!
Assakhof Ab Satar
Founder & Program Coordinator GoFitWithMe
#gofitwithme #melaka #sihat #zumbamuslimah #aerobikmuslimah #fitnesswanita