Pembukaan Kafe Sihat GoFitWithMe: Memperkenalkan Kepada Gaya Hidup Sihat
Kini, kami di GoFitWithMe dengan bangganya mengumumkan pembukaan kafe sihat terbaru kami di Bandar Baru Sungai Udang! Dengan komitmen kami untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, kafe ini adalah satu langkah lagi dalam memberikan sokongan kepada komuniti kami dalam mencapai matlamat kesihatan anda masing-masing.
@gofitwith_me #stitch with @Coach Fadillah / SihatFIT Stay tune. #gofitwithme #fitnessmuslimah #studiowanita #melaka ♬ original sound – GoFitWithMe Fadillah Assakhof
Sempena pembukaan kafe kami, kami ingin menjemput anda semua untuk turut serta mengenali kafe kami. Misi kami adalah untuk membanti masyarakat faham pemakanan sihat & juga mengamalkan gaya hidup sihat. Kafe kami menawarkan hidangan yang berkhasiat dan lazat, yang dapat membantu anda untuk menjadi lebih fit. Bahkan, kami ada konsultasi percuma untuk anda merancang pemakanan hari anda.
Ada plan nak turun berat ? Atau nak naikkan otot jisim ? Atau pernah nak diet, tapi tak menjadi-jadi ? Kunjungi kami dan dapatkan nasihat percuma utk merancang meal plan seharian anda.
Sempena pembukaan cawangan baru kami di Sungai Udang ini, dapatkan satu set sarapan sihat percuma untuk setiap lawatan pertama anda! Oh ya, jangan lupa ajak pasangan atau rakan anda untuk sama menikmati sarapan sihat & juga timba ilmu untuk sihat.
Alamat Kafe GoFitWithMe di Sungai Udang:
GoFitWithMe Sungai Udang
No. 4-1, Jalan Kerambit 1
Atas Axis Eyeware
Bandar Baru Sg Udang
76300 Melaka
Waktu Operasi Kafe:
Isnin hingga Sabtu: 7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Kami berbangga mempersembahkan GoFitWithMe sebagai satu-satunya kafe sihat di Melaka yang dijalankan oleh penganut agama Islam berbangsa Melayu.
Kami berharap kehadiran anda dalam perasmian kafe ini dan jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai hidangan sihat yang kami sediakan. Setiap kunjungan anda adalah satu langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat!
Selain daripada kafe sihat kami, kami juga ingin mengumumkan jadual bagi Ladies FitClub kami di dua lokasi yang berbeza.
Jadual Ladies FitClub:
- Sungai Udang
- Hari: Isnin, Rabu hingga Jumaat
- Masa: 8.30 malam hingga 9.30 malam
- Keistimewaan: eksklusif untuk wanita sahaja, mesra muslimah, dan instruktor berpengalaman dengan sijil yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun.
@gofitwith_me Jom wanita Melaka. Exercise kat tempat tertutup #Melaka #ExerciseWanita ♬ original sound – Fadillah & Assakhof – GoFitWithMe Fadillah Assakhof
- Klebang
- Hari: Selasa
- Masa: 8.30 malam hingga 9.30 malam
- Tempat: Dewan MBMB Pulau Gadong, Klebang (untuk muat lebih ramai)
Dengan jadual yang fleksibel dan lokasi yang berdekatan, kami berharap anda dapat menyertai kami untuk sesi latihan yang bertenaga dan bermakna di mana anda akan mendapat panduan dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat kecergasan anda.
Jom, mari bersama-sama meraikan hidup yang lebih sihat dan aktif di GoFitWithMe! Sertailah kami sempena pembukaan kafe kami dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai Ladies FitClub kami di lokasi yang paling sesuai untuk anda.
Anda serius untuk sihat & fit ? Hubungi kami melalui WhatsApp di 0193270001 sekarang.
Jumpa anda di sana!
Salam Sihat
Assakhof Ab Satar
Program Coordinator
GoFitWithMe