Jadual senaman di Bulan Ramadhan berubah. Sertai program kecergasan Ramadhan istimewa kami di GoFitWithMe! Senaman yang dijalankan ialah Nirvana Fitness yang menggabungkan yoga dan pilates dengan muzik untuk membantu anda meningkatkan kelenturan dan kekuatan otot anda. Program kami direka khas untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan keseimbangan emosi anda. Sertai kami setiap hari Ahad pagi sepanjang bulan Ramadhan untuk sesi senaman yang menyeronokkan dan penuh tenaga bersama rakan-rakan !
Dan ianya PERCUMA sahaja sepanjang bulan Ramadhan ini !
Kepentingan Bersenam
Bersenam adalah penting untuk kesihatan dan kecantikan kita sebagai seorang wanita. Ia membantu kita mengekalkan berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Selain itu, bersenam juga dapat membantu kita mengekalkan kulit yang sihat dan cantik kerana ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen ke kulit kita.
Aktiviti senaman yang sesuai untuk bulan Ramadhan adalah aktiviti yang ringan dan tidak memerlukan banyak tenaga seperti breathing exercise, stretching, yoga, pilates, dan berjalan kaki. Aktiviti-aktiviti ini membantu anda mengekalkan kecergasan dan kesihatan anda semasa berpuasa. Pastikan anda minum air yang mencukupi di waktu malam untuk mengelakkan dehidrasi.
Nirvana Fitness
Nirvana Fitness adalah program senaman yang menggabungkan unsur-unsur yoga, pilates, dan tarian untuk membantu anda mencapai ketenangan dan keseimbangan emosi. Disamping itu program ini direka khas untuk membantu anda meningkatkan kelenturan dan kekuatan otot anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Nirvana Fitness di laman web rasmi https://nirvana.fitness.
GoFitWithMe Ladies FitClub
GoFitWithMe juga eksklusif untuk wanita sahaja dan tempatnya tertutup, jadi anda tidak perlu risau tentang privasi anda. Yang paling utama, suasana yang sangat best apabila bertemu kawan-kawan yang lain yang sama mindset nak sihat macam kita juga. Itu yang menjadikan bersenam di GoFitWithMe ni unik.
Jangan lupa ajak kawan-kawan anda untuk berkunjung ke GoFitWithMe untuk bersenam bersama-sama dan merasai sendiri suasana yang sangat best di sana!👭👭👭