Buat julung kalinya GoFitWith.Me & SiS dapat diberi peluang untuk menjalankan program ke Pertubuhan Anak Yatim Sabak Bernam (PAYSA) sambil menyalurkan sumbangan orang ramai. Sebelum ini kami hanya menyediakan sumbangan dan pihak PAYSA menghantar wakil mereka untuk mengambilnya.
Program ini adalah kerjasama di antara Kelab Nutrisi GoFitWith.Me dan Sister In Spirit (SiS). SiS adalah merupakan NGO yang dianggotai oleh ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke tadika Smart Reader Putra Permai.
Pengumpulan Sumbangan
Pada pagi 12 November 2016 yang lalu kami berkumpul di Smart Reader Taman Pinggiran Putra untuk memunggah sumbangan orang ramai ke dalam lori. Proses pemunggahan tersebut amat lancar dan keadaan cuaca yang amat baik membantu kami menyelesaikannya dengan segera.
Sumbangan berupa bahan keperluan harian seperti sabun, pencuci lantai dan juga pakaian dikumpul beberapa hari sebelumnya. Manakala ada juga sumbangan yang berbentuk bahan makanan kering yang mudah disimpan & tahan lama. Dua pusat pengumpulan disediakan iaitu di Kelab Nutrisi GoFitWith.Me di Atmosphere, Seri Kembangan dan juga di Smart Reader Taman Pinggiran Putra.
Ahli kelab Nutrisi GoFitWith.Me yang datang bersenam zumba atau aerobik pada sebelah malam sebelumnya terus dapat menyalurkan sumbangan mereka dengan mudah.
Tuan punya lori juga turut menyumbangkan wang tunai kepada pihak PAYSA.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dalam program ini.
Aktiviti SuaiKenal
Setibanya disana kami agak terlewat 30 minit. Kami turut disambut oleh Tok Sidang kampung tersebut.
Terus kami jalankan aktiviti suaikenal dengan membahagikan para peserta kepada 6 kumpulan. Para peserta memperkenalkan diri masing-masing di dalam kumpulan tersebut. Kumpulan tersebut dikendalikan oleh wakil dari kami dan juga guru pelatih KEMAS Kampung Parit 4.
Senaman Zumba
Aktiviti seterusnya ialah bersenam. Anak-anak begitu gembira dapat menyertainya. Senaman ini dikendalikan oleh Zin Haslina. Aktiviti senaman ringan dimulakan dengan lagu Chicken Dance.
Kemudian diteruskan dengan senaman Zumba.
Semua yang mengikuti senaman ini sangat ceria & bersemangat.
Permainan Minda Kreatif
Program permainan minda kreatif ini dirancang agar anak-anak dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah. Cabaran yang diberi adalah menggunakan kreativiti mereka untuk membina bangunan menggunakan penyedut minuman.
Pemenang dikira dari segi keunikan bangunan tersebut juga kekuatan & inovasi yang diterapkan.
Dekorasi Cupcake
Coach Fadillah sebelum menjadi jurulatih kesihatan merupakan pengusaha pembuatan kek, pastri & roti secara online. Jadi, antara aktiviti yang tidak akan ditinggalkan ialah mendekorasi kek cawan.
Anak-anak warga PAYSA begitu gembira dengan aktiviti yang meneronokkan ini. Dah la boleh menghias kek cawan sendiri, malah dapat terus dimakan. Sendiri buat, sendiri makan. Sungguh puas hati!
Makan sampai comot-comot.
Sambutan Hari Jadi
Kebetulan terdapat dua anak warga PAYSA yang menyambut harijadi pada bulan ini. Jadi ada penyumbang yang memberikan kek harijadi untuk mereka. Sambutan diadakan agak lewat disebab kedua-duanya ada aktiviti sukan disekolah pada waktu pagi.
Kegembiraan jelas terpancar diwajah mereka.
Penyampaian Hadiah
Acara terakhir & yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak ialah pengumuman pemenang pertandingan membina bangunan menggunakan penyedut minuman. Tok Sidang juga turut meluangkan masa untuk hadir di dalam majlis & sudi untuk memberikan hadiah kepada anak-anak.
Kategori yang dipertandingkan ialah Kekuatan, Inovasi dan juga Kreativiti.
Hadiah yang diberikan adalah sumbangan dari orang ramai berbentuk botol air.
Makan Tengahari
Makan tengahari pula ditaja oleh sebuah syarikat Pn Alyyani dan pihak katering. Menunya merupakan kambing golek dan nasi arab. Kami pun tidak pernah melihat seekor kambing diletakkan di atas nasi arab sebegitu rupa, apatah lagi anak-anak yatim tersebut.
Meriah sungguh!
Kami juga dihidangkan dengan pucuk ulam raja beserta sambal yang amat pedas. Nasi arab berulamkan pucuk ulam raja! Sangat ‘rare’
Sewaktu menikmati makan tengahari ini bersama anak2. Mereka bertanya, selepas ini kita nak main apa pulak? Kami menjawab, program dah habis dah. Kita akan buat lain kali insyaallah. Nampak agak kecewa anak-anak tersebut. Terutama anak-anak yang tidak dapat mengikuti program ini dari mula disebabkan ada aktivit sukan disekolah pada sebelah pagi.
Begitulah keadaan mereka. Begitu dahagakan kasih sayang. Rindu belaian dari orang tua.
Kami berharap usaha kita ini diberkatiNya & insyaallah diberi kekuatan untuk menjalankan project ini dilain masa.
Banyak lagi gambar yang diambil semasa program tersebut di FB GoFitWith.Me atau di Flickr kami.
Terima kasih Ustazah Fadillah dan warga PAYSA. Insyaallah berjumpa lagi.
Go Fit, Go Healthier, More Deeds.