Waktu Operasi GoFitWithMe Sungai Udang di Bulan Ramadhan

Salam ceria kepada semua ahli dan pengunjung setia Kelab Nutrisi & Fitness GoFitWithMe! Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, kami ingin memaklumkan perubahan waktu operasi GoFitWithMe di Sungai Udang bagi memastikan anda terus dapat menikmati perkhidmatan kami dengan selesa dan bertenaga.

1. Waktu Operasi Sepanjang Ramadhan

Kelab Nutrisi: Dibuka dari jam 4.30 petang hingga 6.30 petang setiap hari kecuali Ahad (cuti).

Ladies FitClub: Sesi khas untuk wanita pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

Sepanjang bulan Ramadhan, operasi Kelab Nutrisi GoFitWithMe hanya dibuka untuk “take away” sahaja. Ini lebih mudah & memastikan anda sentiasa mendapat nutrisi yang sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kenapa perlu menjaga pengambilan nutrisi sihat sepanjang bulan Ramadhan ini ?

3. Kelebihan Mengambil Nutrisi Sepanjang Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bukan sekadar bulan untuk beribadah, tetapi juga peluang terbaik untuk reset badan dan membentuk tabiat makan yang lebih sihat. Namun, ramai yang menghadapi cabaran seperti cepat letih, kurang fokus, atau berat badan naik akibat pola makan yang tidak terkawal. Sebab itu, pengambilan nutrisi yang betul sangat penting untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari!

Antara kelebihan menjaga pemakanan dan mengambil nutrisi yang seimbang ketika berpuasa ialah:

Kekal Bertenaga Seharian – Nutrisi yang cukup membantu badan mengekalkan tenaga walaupun perlu berpuasa lebih dari 12 jam. Protein, serat, dan karbohidrat kompleks membantu memberikan tenaga yang berpanjangan.

Elak Lapar Melampau & Cravings – Bila badan dapat nutrisi yang cukup semasa sahur, perut akan rasa kenyang lebih lama, sekaligus mengelakkan craving makanan manis atau berminyak ketika berbuka.

Kawal Berat Badan dengan Lebih Mudah – Pemakanan seimbang membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efektif, berbanding menyimpan lemak akibat makan berlebihan ketika berbuka.

Meningkatkan Fokus & Produktiviti – Bila nutrisi cukup, badan tak cepat lesu dan otak dapat berfungsi dengan lebih baik, menjadikan kita lebih fokus dalam kerja dan ibadah.

Elak Masalah Penghadaman – Ramai yang mengalami masalah perut kembung atau sembelit sepanjang bulan puasa kerana kurang serat dan air. Pengambilan nutrisi yang kaya dengan serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan suplemen membantu melancarkan sistem penghadaman.

Dengan pemakanan yang betul, anda bukan saja boleh menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga, malah boleh membina gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang. Jadi, jom pastikan setiap hidangan sahur dan berbuka anda penuh dengan nutrisi yang berkualiti! 💪🌙✨

3. Waktu Berubah, Misi Masih Sama

Walaupun waktu operasi berubah, misi kami tetap teguh:

Deliver results: Kami komited untuk membantu anda mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan.

Melatih supaya faham pemakanan sihat: Memberikan pendidikan mengenai pemakanan seimbang untuk kesejahteraan anda.

Bina habit gaya hidup sihat: Membantu anda membentuk tabiat positif dalam kehidupan seharian.

@gofitwith_me Nak result turun berat terpadu ? 1. Follow Meal Plan 2. Patuh Nasihat Coach 3. Elak Makan Jajan Viral Mudah ke mudah ? #GoFitWithMe #KelabNutrisi #DietSihat #KurusSihat #LadiesFitClub #ZumbaMelaka #SungaiUdang #MasjidTanah ♬ Good Mood – INOD

4. Sejarah Kelab Nutrisi

Kelab Nutrisi adalah konsep inovatif yang diperkenalkan oleh Enrique Varela dan Graciela Mier dari Mexico agar dapat membantu komuniti belajar gaya hidup sihat. Ia bermula dengan hasrat untuk membantu individu yang kurang berkemampuan belajar tentang ilmu kesihatan. Dengan adanya kelab nutrisi ini, masyarakat dapat merasai manfaat nutrisi seimbang dan seterusnya dapat menjadikan amalan gaya hidup sepanjang masa. 

Objektif yang sama diterapkan di GoFitWithMe yang mempunyai misi untuk melatih 350,000 orang faham pemakanan sihat & mengamalkan gaya hidup sihat. Angka ini kelihatan besar, tapi hanyalah 1% dari populasi rakyat Malaysia. Kami yakin, pengalaman lebih dari 8 tahun ini, akan dapat menyebarkan misi ini dengan lebih berstruktur dengan kolaborasi komuniti setempat.

5. Rebut Peluang

Jangan lepaskan peluang untuk terus bersama kami dalam perjalanan menuju kesihatan yang lebih baik sepanjang Ramadhan ini. Sertai sesi Kelab Nutrisi dan Ladies FitClub kami untuk kekal aktif dan bertenaga. Ingat, walaupun waktu berubah, komitmen kita terhadap gaya hidup sihat tetap sama!

Anda serius untuk sihat & fit ? Hubungi kami melalui WhatsApp di 0193270001 sekarang.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan dan kesihatan. Jumpa anda di kelab!