Alhamdulillah pada tahun ini kami dapat berkolaborasi sekali lagi bersama Sister in Spirit (gabungan ibu-ibu di tadika di Equine Park) untuk melawat rumah Pertubuhan Anak Yatim Sabak Bernam (PAYSA).
Pada tahun terdahulu, kami hanya membantu mengumpulkan sumbangan dan pihak pengurusan PAYSA mengambil barang-barang yang dikumpul ditempat kami.
Kali ini, kami merancang untuk melawat rumah PAYSA, mengadakan aktiviti disana, disamping membawa sumbangan kepada para penghuninya, anak-anak yatim.
Maklumat Lokasi & Aktiviti
Jom luangkan masa anda untuk beriadah bersama anak-anak di PAYSA. Bawa bersama anak-anak anda untuk sama-sama menceriakan penghuninya. Moga kehadiran mereka dapat mendidik erti kesyukuran. Dapat melihat sendiri & cuba menyelami keadaan mereka.
Tempat: Lot 2208, Kg Sg Mandur Wahid, Parit 4,
Sg. Burung, 45400 Sekinchan,
Selangor
Tarikh: 12 Nov 2016 (Sabtu)
Masa bertolak: 7 pagi
Program dijangka tamat: 1.30 petang
Makan tengahari: Menu makan tengahari untuk program ini ialah Nasi Arab & di taja oleh sebuah syarikat dimana Pn Alyyani bekerja. Namun para sukarelawan digalakkan membawa makanan sampingan secara pot luck.
Aturcara Program
:
7.00 – 7.30 pagi : Memunggah barang sumbangan
10.00 : Tiba di PAYSA & menyerahkan barang sumbangan
10.00 – 10.15 : Majlis pembukaan
10.15 – 10.30 : Sesi suai kenal
10.30 – 10.45 : Senaman Zumba
10.45 – 11.30 : Persediaan Permainan Minda
11.30 – 11.45 : Senaman Ringan
11.45 – 12.15 : Dekorasi Cupcake
12.15 – 12.45 : Sambutan Hari Jadi & Penyampaian Hadiah
12.45 – 1.00 : Persediaan solat zohor
1.00 – 1.30 : Solat Zohor
1.30 – 2.00 : Makan Tengahari
2.00: Bersurai
Sumbangan
Jika anda ingin turut serta menyumbang, sila serahkan barang anda sebelum petang Jumaat ni (11/11/2016). Lokasi pengumpulan adalah di Tadika Smart Reader, Equine Park. Sila berhubung dengan Teacher Zai (017 219 6643)
Lori 1 tan yang disewakan oleh penderma ada disediakan untuk mengangkut barang-barang sumbangan ini.
Antaranya barang asas yang diperlukan:
Barang Dapur (Kering)
– Beras
– Gula
– Susu
– Milo
– Teh
– Sos Cili
– Sos Tomato
– Kicap
– Bihun
– Air Mineral
– Tepung Tagung
– Minyak Masak
– Sardin
– Telur
Keperluan Harian
– Sabun Pinggan
– Sabun Mandi Cair
– Bat Gigi
– Shampu Rambut
– Sabun Baju Serbuk
– Pencuci Lantai
– Penyembur Nyamuk
– Penyembur Lipas
– Tuala Wanita
– Kapur Kasut Putih
– Minyak Rambut
Tambahan
– Cadar Single
– Selimut
– Perkakas Pembersihan
– Water Jet
– Portable PA System
– Kelengkapan First Aid
– Toto
– Sejadah
Sumbangan tenaga:
Fasilitator
Video / photographer
Berminat sila hubungi:
+ Koff : +6019 327 0001
+ Ila : +6019 308 8720
Poster
Sila gunakan poster ini untuk menghebahkan kepada rakan-rakan anda di group WhatsApp, Telegram atau dia FB/Instagram.
Nota Pengenalan Mengenai PAYSA
PAYSA ditubuhkan pada tahun 2008 & berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dengan nombor pendaftaran 1420-08-SEL. Buat masa ini PAYSA menempatkan seramai 32 anak-anak yang berumur dari 7 hinga 17 tahun. Mereka memiliki dua buah bangunan di atas tanah seluas 4 ekar di Parit 4 Sekinchan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman blog PAYSA.