Aktiviti Healthy Active Lifestyle oleh Team GoFitWithMe kepada komuniti adalah satu initiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat di kalangan warga universiti. Team GoFitWithMe telah menjalankan kempen Gaya Hidup Sihat di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya aktiviti fizikal dan pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar universiti.
Antara yang terlibat dari GoFitWithMe adalah Coach Ami, Coach Jenny, Coach Bahiah, Coach Azira, Coach Aida, Kak Timah, Kak Noorul, Coach Teepah & Coach Zeety. Moga usaha mereka diberkati & dirahmati Allah.
Kempen ini telah dijalankan pada hujung minggu baru-baru ini dan telah menarik perhatian ramai pelajar Fakulti Sains, UPM. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi senaman bersama, wellness evaluation, serta penerangan konsep asas 80/20 gaya hidup sihat.
Sesi aerobik bersama yang dijalankan adalah salah satu aktiviti yang paling mendapat sambutan di kalangan pelajar. Ini kerana sesi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk bersenam bersama rakan-rakan mereka secara santai di depan Fakulti Ekologi, UPM.
Sesi penerangan pemakanan sihat pula telah diadakan pakar pemakanan, Coach Azira yang juga menggals tugas di Majlis Sukan Negara, menjaga pemakanan atlet kebangsaan, beliau dan Coaches yang lain menyampaikan maklumat tentang pemakanan sihat dan cara untuk membuat pilihan makanan yang sihat.
Mereka juga turun memberi motivasi kepada pelajar agar mereka meningkatkan keyakinan diri dan mencapai matlamat gaya hidup sihat mereka.
Kempen Gaya Hidup Sihat yang dijalankan oleh Team GoFitWithMe telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar UPM. Ramai pelajar telah menyatakan bahawa kempen ini telah memberikan kesan positif kepada mereka dan mereka berharap aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan secara berterusan di masa akan datang.
Team GoFitWithMe juga berharap dapat bekerjasama dengan pihak universiti dan pihak lain untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak lagi dan meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dikalangan pelajar.
Sewaktu aktiviti senaman, Team GoFitWithMe juga telah mencampurkan aktiviti senaman aerobik dan zumba yang menyeronokkan. Aktiviti senaman aerobik yang dijalankan adalah sesuai untuk pelajar yang ingin meningkatkan daya tahan dan kondisi fizikal mereka. Sesi senaman ini dijalankan oleh instruktor yang berpengalaman & bertauliah.
Zumba pula adalah aktiviti senaman yang menyertakan gerakan latihan aerobik yang menyeronokkan dan mengujakan. Ini adalah aktiviti yang sesuai untuk pelajar yang ingin meningkatkan daya tahan dan kondisi fizikal sambil menikmati muzik yang menyegarkan.
Aktiviti ini telah menarik minat ramai pelajar UPM kerana ia menyediakan peluang untuk mereka untuk meningkatkan kondisi fizikal sambil menikmati aktiviti senaman yang menyeronokkan.
@gofitwith_me Program komuniti sihat oleh Team GoFitWithMe untuk warga UPM. Boleh tag kawan yg join sesi ni. #GoFitWithMe #KurusSihat #TipsKurus #upm #community #impact ♬ 10 Things I Hate About You – Leah Kate
Team GoFitWithMe berharap dapat menyediakan lebih banyak lagi aktiviti senaman yang menyeronokkan dan menarik bagi pelajar universiti di masa akan datang.
Go Fit, Go Healthier, More Ibadah
Assakhof Ab Satar
Founder & Program Coordinator GoFitWithMe
#gofitwithme #communityImpact #upm