Turun berat badan boleh jadi satu cabaran yang besar, tapi tidak perlu ditakuti. “Dengan program yang berstruktur, mudah, kesabaran dan komitmen yang kukuh, kita boleh sampai ke berat badan yang sihat dan ideal”, ujar Puan Hafizah, 50 tahun, seorang pegawai kerajaan yang nekad turun berat melalui program GoFitWithMe secara online. Kami lebih suka memanggil beliau Kak Fizah, terasa lebih hormat, rapat & mesra.
Kebetulan Kak Fizah bertugas di Melaka pada minggu ini dan dalam kesibukan kerja beliau berkesempatan untuk singgah di GoFitWithMe Academy Klebang pada hari pertama GoFitWithMe Ladies FitClub beroperasi. Sungguh memeranjatkan!! Tak sangka beliau ada di sini. (orang jauh dah sampai, anda yang dekat bila lagi nak singgah)
Ribuan terima kasih kepada Kak Fizah, yang dapat berkongsi pengalaman beliau kepada rakan-rakan di GoFitWithMe Academy Klebang. Transformasi yang luar biasa !!. Hasil transformasi beliau sangat memberi inspirasi kepada rakan-rakan & keluarga beliau. Dengan berkongsi “journey” gaya hidup sihat beliau di media sosial, beliau memberi inspirasi & menarik ramai masyarakat untuk menjadi sihat seperti beliau juga.
Sebelum bermula sebagai seorang peserta Online Coaching GoFitWithMe untuk belajar pemakanan sihat, Kak Fizah mengikuti kelas senaman di GoFitWithMe Seri Kembangan atas jemputan jiran beliau Coach Suria. Kemudian nekad untuk belajar mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengikuti kelas yang lebih berstruktur secara online.
“Program GoFitWithMe akan membantu kita untuk tetapkan matlamat yang realistik dan jelas. Kita akan diberikan bimbingan untuk tentukan berat badan yang kita ingin capai dan hanya mengikut kelas secara online di WhatsApp & Telegram. Ini akan memudahkan kita untuk fokus pada matlamat yang sesuai dengan keupayaan kita.” tambah beliau lagi.
Orang yang sangat sibuk terutama wanita yang berkerjaya seperti Kak Fizah sangat sesuai untuk mengikuti program ini.
Focus Pemakanan Sihat
“Selain itu, program GoFitWithMe akan membantu kita untuk jaga pemakanan yang sihat. Kita akan diberikan senarai makanan yang sihat dan meal plan yang mudah untuk disediakan di rumah atau dibeli di restoran / cafe berhampiran tempat kerja. Ini akan membantu kita untuk elakkan makanan yang tidak sihat dan pastikan kita dapat nutrisi yang diperlukan.”, menurut Kak Fizah dengan penuh semangat. Bayangkan, dah turun 23kg, lebih 2 kampit beras tu, pasti mindset pun berubah. Lebih konfiden dan juga lebih bersemangat !!
Kini Kak Fizah juga turun membantu rakan-rakan lain untuk jadi sihat & mendapat ideal weight juga. Beliau dapat melihat & faham misi yang ada di GoFitWithMe sangat bersesuaian dengan jiwa beliau yang suka bergiat aktif di dalam badan-badan sukarelawan.
Kak Fizah atau lebih dikenali sebagai Coach Fizah di dalam group coaching, turut membantu memperbaiki pola pemakanan yang dikongsi oleh peserta-peserta di dalam group.
Program GoFitWithMe juga akan membantu kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman yang mudah & praktikal. Kita digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dan mudah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ini akan membantu kita untuk kekalkan kecergasan dan meningkatkan sistem kardiovaskular. Atau lebih mudah, join je senaman di GoFitWithMe Academy di Seri Kembangan atau di Klebang.
Siapa nekad untuk Fit For Ramadhan ? Hubungi GoFitWithMe untuk keterangan lanjut tentang program untuk mendapat ideal weight sebelum Ramadhan. https://wa.me/60193270001?text=FitForRamadhan
Jangan lupa, turun berat badan adalah proses yang berterusan. Jangan terlalu stress pada diri sendiri jika tidak dapat sampai ke matlamat dalam masa yang ditentukan. Ingat, kesabaran dan komitmen adalah kunci untuk berjaya dalam perjalanan ini.
Kalau Kak Fizah boleh, InsyaAllah anda juga boleh.
Go Fit, Go Healthier, More Ibadah
Assakhof Ab Satar
Founder & Program Coordinator, GoFitWithMe