Logo Baru, Tapi Misi Tetap Sama. Bahkan Lebih Bersemangat Bersama Komuniti dalam Mencapai Gaya Hidup Aktif dan Sihat

Kami dengan bangganya memperkenalkan logo baru GoFitWithMe! Logo baru kami menerapkan unsur-unsur kecergasan dan komunikasi dengan gaya yang moden dan ringkas. Walaupun logo berubah, tapi misi tetap sama. Bahkan, lebih bersemangat untuk bersama-sama masyarakat untuk mencapai gaya hidup aktif dan sihat.

Evolusi Logo GoFitWithMe Semenjak 2015 hingga 2023

Impak Kepada Komuniti

Misi kami ialah untuk melatih 350,000 orang faham pemakanan sihat & mengamalkan gaya hidup sihat. Kerana kami yakin, dengan amalan gaya hidup sihat yang seimbang, kehidupan individu juga akan berubah dengan lebih baik. Malah, produktiviti negara akan lebih meningkat. Bermula dengan seorang individu, kemudian keluarga mereka dan masyarakat sekeliling mereka.

Sesi Aerobik GoFitWithMe bersama Doktor dan Jururawat Hospital Jasin

Jangan hanya berharap kerajaan yang harus bertanggung jawab ke atas kesihatan kita. Kita yang perlu bangkit & membantu kerajaan untuk menjadikan masyarakat kita sihat.

Rasional Logo

Jenis huruf asas Lovelo yang dipilih memaparkan aspek professional, kekemasan, dan kegapan yang sesuai dengan misi kami untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat.

Ikon dalam logo kami menampilkan gelembung ucapan pada huruf O, yang melambangkan kecekapan dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan ahli komuniti GoFitWithMe yang lain dalam mencapai matlamat kecergasan dan kesejahteraan mereka. 

Huruf I memaparkan unsur kecergasan dengan potongan pada huruf tersebut yang melambangkan pengurangan lemak berlebihan. Ikon dalam logo kami tidak hanya mempunyai nilai estetik tetapi juga mempunyai makna yang mendalam.

Warna biru yang dipilih untuk logo kami memaparkan fokus kami dalam mempelbagaikan pasaran dan strategi lautan biru kami untuk mencapai kejayaan bersama.

Warna biru juga melambangkan kebersamaan dan keharmonian dalam komuniti GoFitWithMe. 

Logo kami yang ringkas dan moden ini mendekatkan kami dengan komuniti bahawa kami menyokong satu sama lain dalam mencapai matlamat kecergasan dan kesejahteraan (wellness).

Logo Berubah, Misi Tetap Sama

Kami percaya logo baru kami akan menarik perhatian individu yang mencari persekitaran sokongan dan inklusif dalam mencapai matlamat kecergasan dan kesejahteraan mereka. 

Kami mengalu-alukan semua individu yang ingin mencapai gaya hidup aktif dan sihat untuk menyertai komuniti GoFitWithMe, dengan syarat mereka suka membantu orang lain juga sihat.

Dengan semangat bersama, kita boleh mencapai matlamat kecergasan dan kesejahteraan kita bersama-sama.

More Healthier, More Ibadah

Assakhof Ab Satar
Program Coordinator
GoFitWithMe