Cuba 3 Sukan Air, Low-Impact Tapi Sangat Berkesan Untuk Kurus Sihat

Sukan air adalah sukan yang sangat sesuai untuk orang yang berbadan besar kerana dia low-impact tapi sangat berkesan untuk kurus sihat. Impak ketara ialah pada lutut seorang yg mempunyai berat badan yang sangat tinggi.

Menurut kajian setiap pengurangan 1 kg berat badan akan dapat mengurangkan 4kg tekanan pada lutut. Ini sangat besar kesannya. Perasan tak, kalau orang yang sakit lutut dia tidak dapat solat dengan sempurna? Dia hanya dapat solat secara duduk di atas kerusi? Ini kerana walau dalam masa yang singkat, sependek bacaan Surah Al Fatihah dan surah-surah lazim pun mereka tidak mampu bertahan.

Antara sukan air yang boleh dilakukan ialah :

Kayak

Sukan kayak sangat mudah dilakukan dari semua peringkat umur & fitness. Antara kebaikannya ialah membantu keseimbangan & juga menguatkan otot bahu & oblique.

Selain itu, kita boleh melakukannya bersama2 dengan keluarga. Memang seronok.

Kayak di Putrajaya. Credit : Gaya Travel Magazine

Dan kita tak perlu ke laut kalau nak bermain kayak. Di tasik atau sungai berdekatan pasti ada perkhidmatan sewa kayak.

Aquarobic

Pernah join aerobic kan? Pasti seronok dapat bersenam dengan music dan juga bersama-sama rakan-rakan. Begitu juga Aquarobic. Makin seronok sebab ada cabaran rintangan air (water resistance) dan juga apungan yang membantu menguatkan otot, meningkatkan koordinasi badan, kekuatan & flexibility.

Dengan melakukan bebanan (melalui rintangan air) dan teknik stretching yang betul, kita dapat tone badan kita dan juga mendapat melatih keseimbangan badan.

Aquarobic bersama kawan-kawan : Sumber Youtube Adila

Oh ya satu lagi, kita tak perlu pun mendapat sijil atau menghadiri kelas formal, kita terus je masuk ke dalam kolam dan boleh melakukannya dengan keluarga & atau kawan-kawan. Pasti seronok …

Berenang

Aktiviti ini memang sangat popular. Secara natural, manusia memang menyukai air. Terutama spesis yang dinamakan anak-anak. Memang best. Dia orang boleh duduk dalam kolam tu berjam-jam tak nak keluar. Hahahaha …

Berenang dapat membantu meningkatkan level aerobik fitness kita kerana ia akan memaksa badan kita belajar menggunakan teknik pernafasan yang berbeza. Dengan meningkatkan kedalaman & volume pernafasan kita semasa berenang kita akan memaksa paru-paru dan jantung untuk memproses oksigen dengan lebih efisien & efektif.

Kerana berenang tidak melibatkan apa-apa impak seperti berlari atau berbasikal atau senaman bebanan yang memberi “stress” atau bebanan kepada lutut, pinggang atau ankle.

https://www.instagram.com/p/BzXjBMLlJXf

Untuk nak berenang ni kita tak perlu nak ke hotel atau masa holiday je boleh jumpa kolam renang. Sebenarnya, banyak public pool yang dapat kita masuk dengan harga serendah RM2 sahaja.

Ok gaes, muga perkongsian ini bermanfaat.

Go Fit, Go Healthier, More Ibadah