Pada Hari Sukan Negara 2016 (HSN), GoFItWith.Me sengaja tidak mengadakan apa-apa aktiviti khusus. Ini untuk memberi peluang, rakan-rakan ahli kelab menyertai aktiviti lain di tempat masing-masing. Samada bersama keluarga, di sekolah atau di tempat kerja.
Menurut Wartawan Harian Metro, Hayati Ibrahim dalam laporan beliau, tahun ini lebih tujuh juta penyertaan dalam HSN. Tambah beliau lagi, ini melayakkan program itu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pelaksanaan kali pertama tahun lalu membabitkan 5.1 juta, bagaimanapun jumlah itu meningkat dengan ketara tahun ini.
“Syabas dan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Menterinya, Khairy Jamaluddin kerana berjaya melaksanakan program yang bertujuan menjadikan sukan sebagai satu budaya, gaya hidup kita.
“Selain itu, sukan juga boleh dijadikan wadah penyatuan dan kebersamaan serta meningkatkan semangat patriotisme kepada negara,”katanya ketika berucap melancarkan Hari Sukan Negara 2016 di sini, hari ini.
Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan ahli kelab GoFitWith.Me sempena HSN.
Moga misi kita untuk menyebarkan inisiatif gaya hidup sihat menjadi kenyataan. Sebarkan misi ini semoga memberi manfaat kepada masyarakat.
Go Fit, Go Healthier, More Deeds