Pengumuman Perpindahan Lokasi Kelas Fitness Wanita GoFitWithMe

Assalamualaikum dan hai kepada semua warga Melaka dan rakan komuniti fitness wanita GoFitWithMe!

Kami nak umumkan bahawa kelas fitness wanita GoFitWithMe di Klebang akan berpindah ke lokasi baru! Mulai 11 Jun 2024, kelas kita akan diadakan di Dewan MBMB Pulau Gadong.

@gofitwith_me

Rakan semua, bermula 11 Jun 2024 Ladies FitClub Klebang kita buat kat Dewan MBMB. Lagi luas, lagi ramai boleh sihat. Tiap Selasa 8.30 malam Kelas di Sungai Udang Isnin, Rabu & Jumaat Siapa nak kurus ? Sobar bae 💕 Klik link di bio utk dapat info kelas lebih detail.

♬ original sound – GoFitWithMe Fadillah Assakhof

Butiran Kelas Baru:

  • Hari: Setiap hari Selasa
  • Masa: 8.30 malam
  • Lokasi: Dewan MBMB Pulau Gadong

Kelebihan Kelas Dijalankan di Dewan MBMB Pulau Gadong

  1. Lebih Luas: Dewan ni lebih besar, jadi semua orang boleh bersenam dengan selesa tanpa rasa sempit.
  2. Lebih Ramai yang Dapat Menyertai: Dengan ruang yang lebih besar, lebih ramai boleh join kelas kita. Jadi, ajaklah kawan-kawan dan keluarga!
  3. Pilihan Parking yang Lebih Banyak: Tak perlu risau pasal parking lagi! Banyak tempat parking yang mudah dan selamat.
  4. Elak Kesesakan di Klebang: Dengan berpindah ke sini, kita dapat elak kesesakan di Klebang dan perjalanan ke kelas pun lebih lancar.
  5. Tempat yang Tertutup: Kelas diadakan dalam dewan tertutup, memberikan privasi dan keselesaan kepada semua peserta, terutama bila cuaca tak menentu.
  6. Pengudaraan yang Lebih Baik: Dewan ini ada kipas besar dan sistem pengudaraan yang bagus, jadi suasana lebih nyaman dan segar sepanjang kelas.

Misi GoFitWithMe:
Misi kami di GoFitWithMe adalah untuk mendidik 350,000 orang tentang pemakanan sihat dan juga mengamalkan gaya hidup sihat. Kami percaya dengan pengetahuan dan amalan yang betul, semua orang boleh mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.

Ladies FitClub Melaka

Selain itu, jangan lupa kelas fitness wanita di Sungai Udang yang dijalankan tiga kali seminggu: setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Jadi, bagi yang berada di kawasan Sungai Udang, jangan lepaskan peluang untuk join kelas ini!

Kami berharap dengan perpindahan ini, lebih ramai rakyat Melaka dapat menyertai kelas fitness wanita GoFitWithMe dan bersama-sama kita menuju ke arah kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Jom tingkatkan kecergasan dan kesihatan anda dalam suasana yang lebih selesa dan meneronokkan.

Jumpa anda semua di Dewan MBMB Pulau Gadong pada setiap hari Selasa, 8.30 malam!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau di mana-mana laman social kami (Facebook, Instagram atau Tiktok).

Terima kasih dan semoga sihat selalu !

Salam sihat,


Assakhof Ab Satar
Program Coordinator
GoFitWithMe Team