Perubahan Jadual Baru Fitness Club di GoFitWith.Me Hasil dari Maklumbalas Anda

Selamat Hari Raya semua! Kami ingin mengucapkan maaf zahir batin & berdoa agar kesihatan anda sentiasa terjaga. Selepas kembali dari cuti berhari raya, kami memperkenalkan perubahan baru Fitness Club di GoFitWith.Me hasil dari maklum balas dari anda semua.

Aerobics untuk wanita di GoFitWith.Me Seri Kembangan
Aerobics untuk wanita di GoFitWith.Me Seri Kembangan

Aerobik & Zumba Untuk Wanita

Sebelum ini Aerobik dan Zumba untuk wanita diadakan pada hari Rabu secara bergilir-gilir. Jika hari Rabu minggu ini kelas Aerobik dijalankan, maka minggu depan kelas Zumba pula akan diadakan. Ramai yang meminta agar kedua-dua kelas ini diasingkan supaya mereka dapat menghadiri kedua-dua kelas yang sangat menyeronokkan ini.

Kelas Zumba untuk wanita di GoFitWith.Me Seri Kembangan
Kelas Zumba untuk wanita di GoFitWith.Me Seri Kembangan

Oleh sebab itu kami menukarkan kepada dua hari yang berbeza: Isnin untuk kelas Zumba dan hari Rabu untuk kelas Aerobik. Kedua-dua kelas ini adalah khas untuk wanita (dipremis kami yang tertutup).

Latihan Berkumpulan Terbuka (Open Group Workout)

Manakala untuk latihan berkumpulan (Group Workout) yang biasa dijalankan pada hari Selasa akan ditambah juga pada hari Jumaat. Open Group Workout yang dibuat secara Bootcamp ini sangat menarik namun ramai ahli yang memohon agar dapat membawa pasangan dan keluarga mereka pada hari Jumaat.

Latihan Berkumpulan di GoFitWith.Me Seri Kembangan
Latihan Berkumpulan di GoFitWith.Me Seri Kembangan

Jadi, untuk menyenangkan semua, jadual baru untuk kelas Open Group Workout akan diadakan pada hari Selasa & Jumaat.

 

Semua kelas ini diadakan pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.

 

Seronok tak? Semoga perubahan ini dapat membantu anda membuat pilihan untuk bersama-sama meningkatkan kecergasan dan kesihatan anda.

 

Lebih Cergas, Lebih Sihat, Lebihkan Pahala.