Zumba bersama Go Fit With Me di Astro Oasis, Rancangan Bismillah Ad Dhuha

Semua orang tau pasal Zumba tapi Zumba untuk Muslimah sahaja masih kurang di luar sana.

 

Zumba yang berasal dari Colombia pada tahun 90an lagi, sudah jadi terkenal diseluruh dunia. Gabungan gerakan – gerakan tarian latin seperti Salsa, Reggeton, Merengue dan macam-macam lagi menjadikan Zumba salah satu fitness yang digemari ramai terutama kaum wanita.

 

Kami berbesar hati di jemput ke Astro Oasis, bagi Rancangan Live – Bismillah Ad Dhuha. Topik pagi ni ialah Muslimah Zumba. Kami diberi peluang untuk membuat 3 minit kelas Zumba secara “LIVE”

 

Pengalaman masuk ke Astro, melalui pak guard Astro yang strict dalam memastikan keselamatan di kawasan Astro, kami di sambut oleh crew berrtugas masuk terus ke bilik make up. Sambil- sambil makeup tu sempatlah tengok pengacara Rancangan Bismillah Ad Dhuha reheasal sambil muka mereka di touch up. Kagum sebentar dengan talent yang dikurniakan pada mereka. Sangat bersahaja dan intonasi suara pun dah memadai untuk kita terpesona dengan mereka.

 

Selesai make up, Coach Fadillah di minta shoot teaser promo di insta sebelum LIve nanti.

 

 

Pengalaman hidup paling berharga ni.

 

Makeup sebelum ditemuramah

 

Semua member kelab Go Fit With Me siap di make up, kami menuju bilik shooting. Sebelum tu di pasang mike. Mmmm rasa macam artis pula 😉

 

Memandangkan rancangan ini Live, selepas di beri panduan dimana perlu berdiri, kami terus bermula dengan 3 minit lagu Zumba. Bergetar hati tapi tengok crew production semua senyum dan bagi sokongan, Alhamdulillah everything went smooth.

 

Sesi temuramah pula.

Kami sedang ditemuramah oleh pengacara BismillahAdhuha, Astro Oasis

Zin Haslina salah seorang tenaga pengajar Zumba Go Fit With Me banyak berkongsi ilmu mengenai Zumba. Ismi Aishah pula salah seorang member kelab Go Fit With Me yang memgemari Zumba turut berkongsi pengalamannya yang seronok ber Zumba di kelab kami.

 

 

Keseluruhannya, pengalaman yang berharga ini akan menjadi memori indah bagi Go Fit With Me.

 

Jadual Kelas di GoFitWithMe bermula August 2017

Pada yang masih mencari- cari kelas Zumba untuk Wanita sahaja, tempat tertutup, lebih privasi – Kelas Zumba di Go Fit With Me setiap Isnin malam bermula 8.30 malam. Pengunjung yang datang kali pertama ke Go Fit With Me kami berikan promosi FREE Trial.

Write a Reply or Comment: