Turun Berat Badan – Adakah Anda Bersenam Bersungguh-sungguh?

turun berat badan

Pelbagai cara senaman sudah anda cuba. Namun tidak turun berat badan (weight loss). Anda mencari dimana silapnya. Adakah anda bersenam bersungguh-sungguh? Untuk mencapai tahap kecergasan (fitness) anda bagaimana cara anda bersenam (exercise)? Adakah anda bersenam bersungguh-sungguh (workout harder) dengan senaman lebih intensif atau bersenam dengan lebih lama? Baca artikel ini sehingga habis agar anda faham & boleh mempraktikkan amalan senaman yang bersesuaian dengan matlamat kecergasan anda.

Turun Berat Badan

Menurut penyelidik kesihatan, meningkatkan intensiti di dalam satu-satu masa senaman akan menghasilkan tahap kesihatan yang terbaik dan jantung yang terbaik.

Peningkatan tahap intensiti senaman akan memberi kesan 13 ganda lebih besar kepada tekanan darah sistolik (systolic blood pressure) – nombor bacaan tekanan darah yang di atas, 3 kali ganda lebih besar kesannya kepada tekanan darah diastolik (diastolic blood pressure) – nombor yang di bawah, dan 4.7 lebih kali ganda kesannya kepada ukur lilit pinggang dibanding dengan meningkatkan tempoh senaman.

Sebagai contoh, untuk turun berat badan, kita tingkatkan intesiti senaman aerobik kita. Insyaallah kita akan mendapat kesan yang lebih dibandingkan kita menambahkan masa aerobik kita.

Fikirkan kualiti berbanding kuantiti!

Juga, kolestrol yang baik (HDL) akan bertambah disebabkan senaman berintensiti tinggi yang berkala (intermittent high intense) dibandingkan dengan senaman yang lama tetapi perlahan. Menurut kajian pada tahun 2007 yang diterbitkan di Circulation Journal menyatakan kelebihan senaman berintensiti tinggi kepada pesakit yang mengidap sakit jantung (senaman terkawal). Menurut kajian tersebut ia memberi kesan pengunduran left ventricle (LV) remodeling, peningkatan kadar aerobik dan kualiti kehidupan pesakit selepas “post farction” sakit jantung.

Kemudian ada kajian pada tahun 2005 di dalam Journal of Applied Physiology yang menyatakan pesakit menjalankan 2 minggu program senamam berintensiti tinggi ini menjadikan tahap ketahanan (endurance) mereka meningkat 2 kali ganda.

Perlu Nasihat Doktor

Kajian-kajian ini menunjukkan peningkatan intensiti pada senaman akan menghasilkan kesan yang lebih baik pada masa yang lebih singkat. Namun, perlu diingat, bukan setiap pesakit jantung mempunyai tahap kekuatan & kecerdasan yang sama. Jika mereka baru mula berjinak-jinak dengan senaman selepas mengalami sakit jantung, mereka perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

Ini juga bukan mencadangkan bahawa senaman yang perlahan adalah tidak berguna. Malah semua senaman adalah baik!

Program di GoFitWith.Me yang Anda Boleh Terlibat

Di GoFItWith.Me kami menyediakan senaman yang berintensiti tinggi seperti Aerobic (hari Isnin) & Zumba (hari Rabu) untuk wanita (di tempat tertutup) dan senaman terbuka, Circuit Training (pada hari Selasa & Jumaat). Kesemua kelas ini dijalankan dengan konsep senaman berintensiti lebih tinggi. Kemudian, pada hari Sabtu pagi, kami menjalankan kelas Yoga.
Amat mudah untuk ke tempat kami. Lokasi kami yang terletak di Kinrara Uptown bersebelahan Equine Park amat strategik dan ianya berada ditengah-tengah kawasan perumahan yang berdekatan seperti Puncak Jalil, Puchong, Kinrara, Bukit Jalil, Serdang, Equine Park, Bandar Putra Permai, Lestari Putra, Kota Perdana, Alam Sanctuary, 16 Sierra, De Alpina & Putrajaya. Selain anda dapat meningkatkan kesihatan, anda juga berpeluang berkenalan dengan kawan-kawan baru yang tinggal disekitar kawasan yang disebut di atas.

Matlamat utamanya ialah untuk sihat, bukan turun berat badan sahaja. Sama-sama kita menjadikan negara kita negara yang maju degan memastikan kita sihat melalui pemakanan yang sihat & bersenam.

Go Fit, Go Healthier, More Deeds.