Nutrition Talk : Pemakanan Terbaik Semasa Ramadhan

Posted In: Diet

Semasa Ramadhan, tujuan paling utama ialah untuk kita menyempurnakan ibadat berpuasa agar mendapat keredhaan Allah SWT. Namun kebiasaannya, Ramadhan menjadi pesta makanan. GoFitWithMe mengalu-alukan anda untuk menghadiri “Nutrition Talk : Pemakanan Terbaik Semasa Ramadhan”.

Maklumat Program

Maklumat program Nutrition Talk ini adalah seperti berikut :

Speaker : Prof Madya Dr Hamid Jan (Pusat Pemakanan & Dietetik, Pusat Pengajian Kesihatan, Universiti Sains Malaysia)

Tarikh : 27 hb April 2019
Masa : 2.30 ptg – 5.30 ptg
Tempat : Bangi D Gateway Hotel

Early Bird Ticket : RM20

Tujuan Program Nutrition Talk

Tujuan utama Nutrition Talk ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar tahu cara pemakanan yang terbaik semasa ramadhan. Kita juga selalu mendengar berat badan naik semasa bulan puasa, pelikkan? Sepatutnya di bulan Ramadhan kita dapat mengawal pemakanan kita dan dapat turun berat menjadi lebih sihat. Malah ini terbalik.

Antara beberapa persoalan yang terfikir ialah :

❌ Lesu semasa berpuasa
❌ Tidak tahu makanan terbaik semasa bersahur & berbuka
❌ Berat badan naik semasa Ramadhan
❌ Tak dapat terawih dengan sempurna kerana perut penuh

Jangan ulangi perkara yg dulu dan belajar untuk mendapat :

✅ Tips pemakanan sahur & berbuka sihat
✅ Tips kawal godaan bazaar Ramadhan
✅ Ubah gaya hidup sihat bermula di bulan Ramadhan
✅ Teknik pemakanan semasa beraya yg baik utk perut

Moga melalui program Nutrition Talk ini, kita akan dapat tips-tips yang berguna & membongkar mitos-mitos pemakanan yang tidak sepatutnya.

Program ini sangat selari dengan matlamat GoFitWith.Me untuk memberi pendedahan mengenai cara pemakanan yang terbaik kepada rakyat Malaysia.

Profile Dr Hamid Jan

Prof Madya Dr Hamid Jan
Prof Madya Dr Hamid Jan

Dr Hamid Jan ialah seorang Professor Madya dalam bidang Pemakanan dan Dietetik di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menyertai institusi ini pada tahun 2007 setelah menamatkan pengajian peringkat PhD (Pemakanan) di King’s College London, Universiti London, United Kingdom. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana dalam bidang Pemakanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemegang Sarjana Muda dalam Pemakanan dan Kesihatan Komuniti daripada Universiti Putra Malaysia. Beliau juga menerima latihan kemahiran makmal daripada program Diploma Teknologi Perubatan Makmal daripada USM. 

Kepelbagaian latar belakang pendidikan beliau mendatangkan sumbangan kepada penghasilan beberapa kajian menarik yang berkaitan dengan pemakanan dan penyakit di Malaysia. Beliau memulakan kohort kehamilan pertama di Malaysia iaitu Kajian Kohort Kehamilan USM yang dimulakan pada tahun 2009. Tujuan kohort kehamilan ini adalah untuk mengkaji peranan pemakanan ibu, tekanan oksidatif dan sel adipokin dalam perkembangan obesiti dan diabetes. Dapatan awal mengenai kajian ini boleh didapati dalam beberapa jurnal tempatan dan antarabangsa. Beliau juga merupakan salah seorang penyelidik untuk kajian MyBreakfast yang mengkaji tabiat sarapan para pelajar di Malaysia.

Selain daripada mengajar pelajar Sarjana Muda, beliau telah membantu 4 pelajar PhD dan 10 pelajar Sarjana Sains untuk menamatkan pengajian dan sedang menyelia 7 pelajar PhD dan 2 pelajar Sarjana Sains. Dr Hamid ialah Ahli Utama Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ahli Seumur Hidup Persatuan Kajian Obesiti Malaysia sejak tahun 2008 dan Ahli untuk  Persatuan Endokrin dan Metabolisme Malaysia (MEMS). 

Beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti penyeliaan dan pencegahan obesiti dan penyakit tak menular dengan memberikan syarahan umum mengenai gaya hidup sihat kepada komuniti dan penyelidik. Beliau turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menjadi ahli jawantankuasa untuk Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Garis Panduan Pemakanan dan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) Penyelidikan. Beliau merupakan salah seorang ahli lembaga editorial dan penulis untuk Garis Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia, Garis Panduan Pemakanan Warga Emas Malaysia dan Pengambilan Makanan yang Disyorkan untuk Warga Malaysia 2017.

Pendaftaran

/

Tarikh tutup pendaftaran : Sehingga tiket habis (tempat terhad).

Hubungi

Sila hubungi Assakhof (0193270001) untuk makluman lanjut.

Go Fit, Go Healthier, More Ibadah

Write a Reply or Comment:

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah