Menggembirakan Yatim & Asnaf di Ramadhan Penuh Berkah

Sebelum bermulanya bulan Ramadhan baru-baru ini, GoFitWith.Me bersama-sama Sister In Solidarity telah melaksanakan Projek kutipan derma untuk diberikan kepada Yatim & Asnaf. Inisiatif ini juga dibantu oleh ramai individu termasuk ahli kelab nutrisi & Ladies FitClub GoFitWith.Me.

 

Alhamdulillah sambutannya adalah melebihi dari jangkaan kami. Sasaran asal adalah untuk membolehkan sumbangan tersebut digunakan untuk pembelian kain ela agar dapat dibuat jubah yang akan digunakan sewaktu hari raya nanti. Oleh kerana sumbangan itu melebihi sasaran, duit lebihan tersebut disalurkan secara tunai. Pihak ahli jawatan kuasa projek bersetuju agar Anak-anak PAYSA & At-Taqwa akan menerima sebanyak RM50 seorang sebagai duit raya.

 

Kami kongsikan sebahagian dari Anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa sedang mengukur baju raya. Nampak keceriaan mereka.

 

 

Photo Credit: Ustazah Hayati – Anak-anak Pertubuhan Kebajikan & Bimbingan At-Taqwa sedang mengukur baju raya.

 

Manakala tiada gambar warga PAYSA (Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Sabak Bernam) yang dapat dikongsikan sebab terlupa merakamkan gelagat mereka sewaktu mengukur baju. Insyaallah kami cuba dapatkan gambar mereka menggayakan jubah raya mereka.

 

 

Photo Credit: Junaidi, Paysa.

 

Menurut Bendahari Projek, Puan Emma, masih ada lagi sumbangan lebihan yang diterima walaupun program kutipan telah ditutup dan ianya akan digunakan untuk sambutan hari raya bersama anak-anak Paysa & At-Taqwa. Insyaallah jika diberikan kelapangan, kami akan war-warkan maklumat mengenai sambutan Hari Raya bersama Yatim & Asnaf kelak.

 

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan projek ini. Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan & redha Allah SWT. Insyaalah kita akan cuba menjalankan projek seumpama ini dimasa hadapan.

 

Go Fit, Go Healthier, More Deeds

 

 

 

Write a Reply or Comment:

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah