Kelas Zumba Mengajar Saya Makna Sains Kemasyarakatan

Sebagai seorang suri rumah tangga, kehidupan saya lebih banyak dirumah. Disekelilingi dengan kerja-kerja domestik (domestic chores). Menjaga anak, memasak, mengemas rumah, melipat baju dan seumpamanya. Kerja yang rutin tapi menyeronokkan.

 

Melayan anak pun dah kira satu kerja khusus yang saya kira perlu diberikan tumpuan. Dari dia bangun tidur sampai la dia tidur balik. Dari rumah dah cantik dikemas, kemudian berselerak, kemudian kemas balik, berselerak semula & kembali cantik bila budak-budak dah tidur atau pergi sekolah. Waktu tu walau penat, tapi amat memuaskan. Kadang-kadang saya tersenyum sendirian.

 

Namun, selepas saya bergiat menjadi jurulatih kesihatan secara sambilan (saya masih anggap saya suri rumah sepenuh masa ya), saya dapat bertemu dengan ramai orang. Bukan hanya dikelilingi dengan hal-hal domestik sahaja. Mereka dari pelbagai ceruk kehidupan. Ada yang bekerja sendiri, ada yang bekerja dengan syarikat besar, ada yang masih bujang dan sebagainya. Semuanya ada nilai-nilai kehidupan yang menjadi pengajaran yang besar untuk saya.

Gambar saya sebelum & terkini.

Gambar saya sebelum & terkini.

Saya telah turun berat badan sebanyak 22kg secara sihat dan sangat teruja untuk membantu masyarakat. Tugas saya amnya adalah untuk membantu mereka agar menjadi sihat. Menjalankan kehidupan yang aktif dan sihat (healthy active lifestyle). Ada yang gemuk nak jadi kurus, ada yang kurus & mahu bina lebih otot, ada yang dah fit dan nak lebih fit lagi, namun semuanya bermatlamat sama, untuk menjadi lebih sihat. Selain memberi nasihat & tunjuk ajar dari segi pemakanan (itu adalah 80% faktor utama untuk sihat), saya juga menyediakan kemudahan untuk masyarakat di sekitar ini untuk bersenam. Dan bersenam ini adalah 20% faktor untuk menjadi sihat. Ada pilihan untuk Zumba, Aerobik (aerobic) dan Latihan Berkala (Circuit Training).

 

Coretan hari ini lebih kepada apa yang saya pelajari makna sains dan kemasyarakatan dari perspektif Zumba. Macamana tu? Hehehehe, jangan kecam saya ya. Kita pun tahu segala kehidupan ada yang tersirat dan tersurat. Mungkin pandangan saya ini dapat membantu anda melihat kehidupan dari sudut lain. Antaranya:

 

Arahan Bukan Segalanya

Di dalam Zumba ada sesetengah pengajar menggunakan pembesar suara (microphone) untuk memberi arahan (cue). Contoh: “Ke kiri!”, “Ke kanan” atau “Goyang pinggul” dan sebagainya. Namun sebenarnya kami digalakkan untuk tidak menggunakan arahan kata-kata (verbal cue), malah harus menggunakan arahan pandangan (visual cue). Kalau kita tengok sejarah Zumba, ianya sebenarnya diolah seakan-akan pesta musik (music party).

Zumba Certification Training

Zumba Certification Training

Jadi di dalam pesta musik tiada orang yang berborak atau mengarah-arah, masing-masing menikmati rentak musik tersebut dan diselaraskan dengan gerakan-gerakan aerobik untuk meningkatkan aktiviti kardiovaskular (cardiovascular activity), maksudnya otot jantung kita. Secara tak langsung, mereka beriadah tetapi menyeronokkan.

 

Di dalam Zumba kami digalakkan menggunakan arahan pandangan (visual cue). Jika kita nak peserta beralih dari kiri ke kanan, kita hanya perlu menepuk paha kanan kita atau menghalakan tangan kita ke kanan dan memberi contoh. Atau jika kita ingin peserta membuat gerakan sebanyak 4 kali, kita hanya perlu mengangkat 4 jari ke atas dan peserta akan tahu gerakan itu akan dibuat sebanyak 4 kali.

 

Begitu juga dalam menjaga anak, kita tidak perlu menggunakan 100% arahan untuk mendidik anak. Atau marah-marah jika mereka membuat kesilapan. Kita harus memberikan mereka contoh yang baik. Jika kita tidak mahu anak kita menjadi penghisap rokok, jangan merokok. Jika kita nak anak kita selalu pergi solat berjemaah, berikan contoh kita suka ke surau atau masjid untuk berjemaah. Mereka akan dapat menerapkan nilai-nilai ini secara para sedar, bahawa contoh teladan (role model) ibu bapa mereka adalah yang terbaik untuk kehidupan mereka.

 

Begitu juga kalau kita dengan masyarakat. Saya tidak perlu mengetuk pintu jiran-jiran atau saudara mara untuk mempromosikan gaya hidup sihat. Atau memaksa mereka membeli produk kesihatan, pil kurus atau jamu untuk mereka menurunkan berat badan. Saya memberi contoh kehidupan sihat melalui penampilan saya, aktiviti sihat saya atau ‘posting’ yang memberi inspirasi di laman/media sosial (facebook, whatsapp, wechat dan sebagainya) melalui gambar-gambar, nasihat atau perkongsian pengalaman orang lain.

 

Semua ini adalah visual cue. Arahan bukan segala-galanya.

 

Bukan Harus Jadi Pakar Dulu

Saya mula berjinak-jinak dengan Zumba melalui Cikgu YouTube. Hehehe. Saya buka YouTube dan cari tutorial Zumba yang mudah-mudah. Mula-mula dulu memang semput la. Bermula dengan sesi ringkas dalam 15 minit. Kemudian saya cuba yang 30 minit. Lama-lama saya dah dapat ikut Zumba yang lebih dari 45 minit. Anak saya yang kecil tu pun ikut-ikut kat belakang.

 

Diawal kami memperkenalkan FitClub di GoFitWith.Me, kami hanya menyediakan kelas aerobik untuk wanita. Ahli kelab dapat menyertainya pada hari Rabu sahaja. Kemudian timbul idea untuk meperkenalkan kelas Zumba. Kebetulan salah seorang dari ahli kelab, Puan Nor Haslina juga berminat dalam kelas Zumba ini. Beliau menawarkan diri untuk menjadi salah seorang pelatih. Oleh kerana saya masih belum yakin untuk menjadi jurulatih Zumba untuk satu sesi penuh (pada waktu itu, saya hanya hafal beberapa lagu sahaja), saya bersetuju untuk menjadi jurulatih pada 30 minit pertama dan Haslina akan menyambung pada 30 minit berikutnya.

 

Pada masa itu, Haslina juga belum mendapat apa-apa sijil rasmi untuk mengajar Zumba. Beliau hanya pernah menghadiri kelas-kelas Zumba di pusat lain. Jadi, kami berdua bukan jurulatih yang bertauliah sewaktu kita mula-mula memperkenalkan kelas Zumba ini.

 

Saya amat kagum melihat kesungguhan Haslina dalam mencapai suatu matlamat. Penuh dedikasi. Menurut beliau, jika dia nak sesuatu, dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Untuk mengukuhkan teknik Zumba beliau, beliau menghadiri lebih banyak kelas. Beliau juga sangguh menyewa studio di Seri Kembangan untuk dia berlatih. Hanya untuk dia seorang berlatih, bukan bersama-sama peserta lain. Hinggalah beliau menghadiri kursus untuk mendapatkan sijil kejurulatihan Zumba. Dan kini beliau secara rasminya dipanggil Zin Haslina. Zin adalah gelaran bagi jurulatih Zumba yang diiktiraf. Beliau bukan berhenti begitu sahaja, beliau meneruskan ke peringkat jurulatih Zumba Kids, khas untuk kanak-kanak.

 

Sangat-sangat mengujakan semangatnya.

Bersama Zin Haslina di She's Fit

Bersama Zin Haslina di She’s Fit

Saya mengorak langkah dibelakang agak lewat dengan menghadiri kursus kejurulatihan Zumba. Disatu sudut saya teringat satu kata-kata hikmat mat saleh, “It’s not about being the best, it’s about helping those around you achieve their best”. Saya tidak menunggu untuk menjadi hebat atau bergelar sifu, saya hanya perlu membantu masyarakat disekitar saya untuk mencapai kehebatan mereka yang mungkin terpendam atau terendam. Dalam situasi ini, saya sekadar memberi ruang untuk ahli kelab seperti Zin Haslina untuk meningkatkan diri mereka di dalam bidang yang mereka minati.

 

Begitu juga anda, anda tidak perlu menjadi pakar di dalam Zumba atau turun berat berkilo-kilo untuk membimbing kawan anda mengamalkan gaya hidup sihat. Anda hanya membantu mereka dibelakang dengan memberi galakan dan sokongan. Memberi contoh & inspirasi atau dengan mengajak mereka mempelajari nutrisi di GoFitWith.Me atau menghadiri kelas-kelas fitness yang disediakan  seperti Zumba, Aerobik atau Circuit Training.

 

Anda tidak perlu menjadi pakar terlebih dulu.

 

Lebih Cergas, Lebih Sihat, Lebihkan Pahala.

 

Coach Fadillah Abdul Rahman

GoFitWith.Me

 

Write a Reply or Comment:

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah