Dunia Lebih Ringan Melebihi 30kg Setelah Cabaran Ramadhan

Alhamdulillah Cabaran Ramadhan di GoFitWith.Me telah selesai. Dan berita yang terbaiknya ialah, dunia kita lebih ringan melebihi 30kg setelah cabaran Ramadhan GoFitWith.Me tamat! Lebih 30kg yang disebut tadi adalah jumlah keseluruhan berat terkumpul yang dicapai oleh para peserta cabaran kali ini.Satu jumlah yang mengagumkan!

 

Kalau anda tidak dapat bayangkan bagaimana berat 30kg, cuba anda gambarkan 3 kapit beras seberat 10kg setiap satu diletakkan diatas meja anda. Kalau meja tersebut adalah meja lipat, mungkin boleh patah meja tersebut. Kalau masih tidak dapat membayangkannya. Cuba ke kedai berdekatan dan cuba angkat 3 kapit beras seberat 10kg setiap satu.

 

Cabaran yang Mencabar

Seramai 9 peserta menyertai cabaran 21 hari edisi Ramadhan kali ini. Amat mencabar sekali. Biasanya di bulan Ramadhan yang lalu, rata-rata peserta boleh menikmati juadah yang sangat menarik. Bayangkan, kita tengah lapar berpuasa, memang tengok apa pun menarik. Inikan pula masakan di bazar ramadhan. Kali ini, peserta Cabaran Transformasi mengubah cara pemakanan mereka. Eat Clean Food. Makan makanan yang menyihatkan.

Peserta Cabaran Transformasi Ramadhan 2017

Peserta Cabaran Transformasi Ramadhan 2017

 

Cabaran ini dipantau oleh Coach Fadillah yg berpengalaman membimbing para peserta melalui tip-tip sepanjang 21 hari Cabaran ini dijalankan. Sepanjang cabaran ini, satu group WhatsApp (WA) yang berasingan dibuka khas untuk peserta. Ini memudahkan Coach Fadillah menegur dan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Berbeza dengan cabaran dulu, yang menggunakan group WA yang umum & kadang-kadang perkongsian yang diberi oleh bukan peserta diambil dari sumber yang tidak didokong oleh fakta sains & pengalaman.

 

Cabaran Transformasi ini merupakan kesinambungan dari Cabaran 21 Hari yang dijalankan dibulan selain dari bulan Ramadhan. Bezanya, kali ini dibuat dibulan Ramadhan.

 

Memecah Tradisi Membudayakan Perkongsian Yang Positif

Pemarkahan juga diambil kira dari perkongsian yang diberi oleh para peserta melalui media social. Ini juga satu cabaran yang besar. Kerana kebiasaan mereka sebelum ini, berkongsi gambar makanan di bulan puasa adalah merupakan ‘kesalahan’ yang besar kepada sesetengah kita. Ada sesetengah peserta hampir putus asa dengan pelbagai tohmahan dari rakan sekerja mahu pun rakan cyber. Namun terbukti, ianya bersifat sementara.

Jika kita memecahkan tradisi untuk berkongsi tips makanan sihat di laman sosial dengan berlandaskan niat yang betul – untuk mendidik rakan-rakan lain, nyatanya ramai yang mengikuti perkongsian kita baik secara sembunyi atau secara langsung. Malah memberi manfaat kepada yang tidak menyertai cabaran. Bahkan, sewaktu berakhirnya cabaran kali ini, rata-rata peserta kita diminta berkongsi tip-tips penyediaan makanan yang sihat dikemudian hari. Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat & mendapat ganjaran “pahala yang mengalir” di sisi Allah SWT.

 

 

Siapa pemenangnya?

 

Pemenangnya masih menjadi rahsia! Pemenangnya akan diumumkan sewaktu Sambutan Hari Raya Aidil Fitri GoFitWith.Me yang akan berlangsung pada hari 9 hb Julai 2017. Sambutan ini terbuka kepada semua & sesiapa yang ingin menghadirinya sila hubungi Coach Fadillah (telefon / pesanan ringkas / WhatsApp) di +6019 3088 720

 

Namun begitu, semua peserta kali ini adalah pemenang. Mereka berjaya mengharungi 21 hari dengan jayanya & dapat menyerap aura-aura positif sepanjang cabaran tersebut. Semoga mereka menggunakan ilmu yang ditimba sepanjang cabaran tersebut & dapat menyebarkan pula kepada keluarga mereka atau rakan-rakan mereka.

 

Coach Fadillah masuk majalah Rapi dua tahun lepas.

Hubungi Coach Fadillah untuk keterangan lanjut.

 

Lebih Cergas, Lebih Sihat, Lebih Ibadah.

Go Fit, Go Healthier, More Deeds

 

Assakhof Ab Satar
Program Coordinator GoFitWith.Me

 

Write a Reply or Comment:

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah