Ahli Kelab GoFitWith.Me Rai Komuniti Jamuan Sempena Hari Raya

Jamuan sempena hari raya kali ini amat meriah sekali. Pelbagai lapisan masyarakat dari komuniti di sekitar Seri Kembangan, Puchong, Serdang dan Putrajaya menghadirinya. Dianggarkan jumlahnya adalah dua kali ganda hadirin pada sambutan tahun lepas (anggaran kasar dari jumlah pinggan, cawan & duit raya untuk anak-anak).

 

Persiapan dibuat beberapa hari yang lalu lagi. Selain aktiviti membersihkan premis, ahli kelab juga turut sama menyumbangkan tenaga dan idea untuk memeriahkan majlis ini. Aime membantu menyediakan dekorasi sempena jamuan ini. Sungguh kreatif dan sangat kena dengan tema hari raya. Beliau juga yang menjadi juru gambar sewaktu majlis ini berlangsung. Dekorasi kad hari raya pula banyak disumbangkan oleh Architect Dina.

 

Raya 2017 - Kebaya Raya

Raya 2017 – Kebaya Raya

 

Raya 2017 - Senyum penuh keriangan

Raya 2017 – Senyum penuh keriangan

 

Raya 2017 - Yang Datang Awal Sempat Bergambar Beramai-ramai

Raya 2017 – Yang Datang Awal Sempat Bergambar Beramai-ramai

Tetamu Datang Tak Putus-putus

Kali ini, majlis dimulakan dengan lebih awal agar dapat memudahkan tetamu untuk bertandang ke majlis yang lain. Majlis bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.

Raya 2017 - Menyambung Silaturahim

Raya 2017 – Menyambung Silaturahim

 

Namun, pengunjung bertali arus tiba hingga ke jam 3.30 petang. Kami sambut dengan penuh gembira. Antara Tetamu terakhir adalah Sdr Nik Ruzhan & keluarga, Triathlete & Sifu runner yang menjadi pengasas Cyberjaya Runner Club. Walaupun juadah tinggal sedikit, namun erti kunjungan para tetamu amat bermakna sekali. Alhamdulillah.

 

 

Raya 2017 - Menikmati Juadah Raya

Raya 2017 – Menikmati Juadah Raya

Antara keunikan jamuan raya di GoFitWith.Me ialah cara makan, duduk bersila di atas lantai. Macam balik kampung!

Bercakap mengenai kampung, salah seorang dari ahli kelab yang berasal dari Saudi Arabia yang tidak balik beraya, Sdr Mehdi Abu Misyal & isterinya Hanan juga singgah berkunjung. Kami tidak dapat berbual dengan lebih lama sebab Mahdi bergegas ke airport, dia perlu pulang ke Saudi untuk beberapa minggu. Balik kampung!

 

Raya 2017 - Ahli Kelab Dari Saudi Arabia

Raya 2017 – Ahli Kelab Dari Saudi Arabia, Sdr Medi & Hanan

 

Tambah meriah lagi, kami menerima kunjungan dari kawan sekolah dulu. Nostalgia. Juga kawan se-universiti yang sudah lama tidak berjumpa dengan keluarga mereka. Terima kasih kerana sudi datang.

 

Raya 2017 - Kunjungan dari Rakan Se-Uni dari Shah Alam

Raya 2017 – Kunjungan dari Rakan Se-Uni dari Shah Alam

 

Raya 2017 - Kunjungan dari Kawan Sekolah Menengah - Mini Reunion

Raya 2017 – Kunjungan dari Kawan Sekolah Menengah – Mini Reunion

Juadah Raya

Juadah jamuan disediakan oleh ahli kelab GoFitWith.Me secara ikhlas. Ini menambahkan lagi kemeriahan dan juga menyemarakkan semangat bersedekah yang amat digalakkan walau bukan di bulan puasa.

 

Raya 2017 - Kak Timah Dengan Signature Dish Beliau

Raya 2017 – Kak Timah Dengan Signature Dish Beliau, Rendang Ayam

 

Kak Timah bersengkang mata memasak Rendang Ayam, Azlina masak Laksa Johor dengan dibantu oleh suami beliau Ku Zamri yang turut menghantarnya, Zulia awal-awal lagi sampai dengan Laksa Penang, Cikgu Emira membawa Roti Jala, Ana membawa Ketupat Palas – susah nak dapat ni, Lia yang menjual Pes Nasi Arab pula menyumbangkan Nasi Arab, Noor membawa kueh yang sangat “rare” Kueh Cara – memang klasik, Amie Lia menyediakan Jelly Delima yang dicampur Tea-Mix, Salina menggoreng Bihun sihat, Ain masak Custard, Nad bawa Kek Kukus, Suria menyumbangkan Karipap, Ziana pula membawa Nugget Air Fryer (tiada minyak) dan Amy  menyumbangkan Kuah Kacang dan Popia.

 

Raya 2017 - Kueh Cara Yang Klasik

Raya 2017 – Kueh Cara Yang Klasik

 

Juadah sumbangan Amy yang dihantar oleh Cee banyak membantu majlis kerana tetamu yang tiba agak lewat dapat menikmatinya. Juadah yang lain, dah licin dari awal lagi.

 

Ramai lagi yang menyumbangkan makanan & juadah raya hingga saya pun lupa juadah apa dan siapa yang membawanya. Terima kasih semua, sumbangan anda sangat-sangat dihargai.

Raya 2017 - hidangan berhemah

Raya 2017 – hidangan berhemah

Memang banyak betul juadah di majlis kali ini. Rambang mata! Dan untuk memastikan tidak “termakan banyak” atau terbabas, setiap makanan dilabelkan dengan kandungan kalorinya. Kertas bertanda kalori untuk setiap makanan ini di sediakan oleh adik Amer Hafiz.

 

“Ini adalah pertama kali dalam hidup saya menghadiri jamuan hari raya & tidak dihidangkan air minuman yang bergula. Malah saya dihidangkan minuman tea-mix (green tea) yang berkhasiat” Ujar Hafiz suami kepada Zulia. “Malah setiap makanan di beri label kalori”, tambah beliau lagi.

 

Dendangan Lagu Raya

Di majlis kali ini kemeriahannya sangat terasa di mana  Teacher Tan turut memeriahkan majlis dengan menyumbangkan dendangan lagu raya. Beliau juga berduet bersama Ain. Manakala Architec Dina pula menyediakan lirik lagu raya dan menyanyi bersama-sama hadirin yang diiringi oleh petikan Ukulele beliau. Amat kreatif & menghiburkan.

 

Raya 2017 - Dina Bersama Ukulele

Raya 2017 – Dina Bersama Ukulele

 

Raya 2017 - Bersama Mendedangkan Lagu Raya

Raya 2017 – Bersama Mendedangkan Lagu Raya. Kertas lirik berwarna kuning disediakan oleh Ar. Dina

 

Habis tiga lagu, hadirin meminta lagi dendangan lagu berlatar belakang Ukulele nya. Kemudian Hafiz yang telah turun berat badan sebanyak 30kg pula menyumbangkan beberapa lagu nostalgia hari raya. Menurut Hafiz “Saya tak mungkin kembali kepada berat yang dulu. Ini azam saya. Saya sangat bersyukur”. Beliau kelihatan segak berbaju raya.

Raya 2017 - Hafiz Transformation

Raya 2017 – Hafiz Transformation

 

Semoga usaha kita ini dapat merapatkan silaturahim dan juga ukhuwah dikalangan ahli kelab dan juga komuniti disekitarnya.

 

Raya 2017 Album On Flickr

Lebih banyak lagi gambar yang cantik-cantik yang diambil oleh Aime telah dimuat naik ke akaun Flickr untuk tatapan semua. Sila lihat dibawah.
Raya 2017

 

Go Fit, Go Healthier, More Deeds

 

 

Write a Reply or Comment:

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah

Health vs Wealth.

A wonderful serenity has taken possession of my entire soul, like these sweet mornings of spring which I enjoy with my whole heart.

Signed, Fadillah